Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Malaysia akan beralih sepenuhnya ke siaran digital pada 31 Oktober


RAKYAT Malaysia kini boleh mendapatkan siaran berdefinisi tinggi (HD), imej dan audio berkualiti tinggi yang dilengkapi dengan pelbagai kandungan secara percuma. 

Kawasan Tengah dan Selatan Malaysia baru sahaja beralih dari TV analog ke digital pada 30 September 2019, diikuti dengan kawasan Utara dan Pantai Timur pada 14 Oktober lepas. 

Di Bukit Lanchong, sebuah kampung yang terletak 40 minit dari Kuala Lumpur, terdapat dua pengguna TV digital yang telah berkongsi pengalaman mereka dalam menggunakan TV digital dan bagaimana ia telah mengubah kehidupan mereka.

Pengalaman menonton yang lebih puas – dari pengguna myFreeview di Kawasan Tengah

Untuk memastikan setiap rakyat dapat menikmati kelebihan TV digital, kerajaan Malaysia telah mengedarkan 2 juta dekoder kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Salah seorang penerima ialah Diyana, ibu yang berusia 27 tahun dan mempunyai dua orang anak. Diyana berkata, “Saya dah tengok TV digital menggunakan televisyen CRT sejak 6 bulan lepas, dan sejak itu gambar semakin jelas. Sebelum ini, saya hanya boleh tonton 3 siaran tetapi sakarang saya boleh tonton 15 siaran berbeza. Ia percuma dan saya tak perlu bayar setiap bulan”.

Zainab Bte Abdan, seorang suri rumah berusia 50 tahun yang dahulunya melanggani TV satelit menyatakan bahawa TV digital telah mengubah pengalaman menonton televisyen baginya dan seisi keluarga.

“Sekarang saya boleh tengok TV bila-bila masa, tak kisah hujan ke tak. Imej terang dan HD, warna pun lawa. Saya suka tengok siaran membeli-belah. Jadi, dengan myFreeview, saya boleh beli apa sahaja yang saya suka pada bila-bila masa. Saya juga tak perlu bayar secara bulanan untuk dapat program-program menarik”.


myFreeview tidak mempunyai langganan bulanan dan didatangi dengan 14 siaran televisyen berbeza dan 6 siaran radio seperti RTM, TV3 dan TV Al-Hijrah. Ia menawarkan pelbagai kandungan menarik yang sesuai untuk setiap rakyat, dan dilengkapi dengan imej HD dan audio berkualiti tinggi.


TV Digital dan myFreeview

Shamsul Najib Mohtar, Naib Presiden, Bahagian Kawal Selia MYTV Broadcasting, syarikat yang bertanggungjawab dalam mengedarkan dekoder percuma kepada rakyat yang layak dan juga infrastruktur TV digital di Malaysia telah menerangkan bagaimana penonton boleh mendapatkan siaran TV digital secara percuma.

“Untuk mendapatkan siaran myFreeview, anda memerlukan dekoder DVB-T2 dan aerial Ultra High Frequency (UHF). Jika anda mempunyai Integrated Digital TV (IDTV), anda juga boleh terus sambungkan kepada aerial UHF kerana ia telah dilengkapi dengan penala digital”


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengumumkan Malaysia akan beralih sepenuhnya dari TV analog ke digital pada 31 Oktober 2019. 

Peralihan ini dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan kawasan Tengah dan Selatan pada 30 September 2019, kawasan Utara dan Pantai Timur pada 14 Oktober 2019, diikuti dengan Sabah dan Sarawak pada 31 Oktober 2019. Ini menjadikan Malaysia negara ketiga di Asia Tenggara untuk beralih sepenuhnya ke siaran digital.

Untuk membantu rakyat Malaysia dalam peralihan ini, talian khidmat pelanggan MYTV: 1800-18-1088 sedia membantu. Rakyat Malaysia juga boleh terus ke laman sesawang www.myFreeview.tv untuk mengetahui lebih lanjut tentang TV digital. Anda juga boleh ke Pusat Internet yang terdekat untuk maklumat lanjut dan bagaimana untuk memasang dekoder siaran TV digital. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments