18 Okt 2019

CENDANA DAN DBKL MENGHANGATKAN KUALA LUMPUR DENGAN ART IN THE CITY 2019


BULAN Oktober diwarnai Karya Seni Arca dan Instalasi, Bazar Seni Kreatif, Pertandingan Video, Forum dan Bengkel Seni dan banyak lagi! 

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bagi meningkatkan kesedaran dalam menghidupkan aneka seni dan budaya Malaysia, Agensi Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membawa kembali Art In The City (AITC) edisi kedua dengan pelbagai program dan aktiviti seni menarik dan lebih mudah dihayati oleh orang ramai. 

Bertemakan ‘I heART KL’, AITC 2019 akan berlangsung pada 18 hingga 27 Oktober 2019, dan akan menampilkan tiga instalasi seni dari artis Malaysia,  pertandingan video, Lucky Pao Market, forum dan bengkel seni serta aktiviti – aktiviti sampingan yang bertujuan meraikan kepelbagaian seni, kreativiti, belas ihsan dan imaginasi rakyat Malaysia.


KARYA SENI ARCA DAN INSTALASI
Artis yang terpilih hasil daripada panggilan penyertaan terbuka yang bermula bulan Jun lalu untuk mencari idea artistik terbaik dalam usaha mengekalkan keceriaan bandar, adalah Filamen, Joshua Teo and Pamela Tan. 

Karya Arca Seni dan Instalasi yang dimuktamadkan oleh Panel Pemilihan CENDANA dan kurator Snow Ng ini akan dipaparkan di sepanjang River of Life dari 18 Oktober 2019 hingga Februari 2020. 

Selain daripada itu, terdapat bengkel seni arca yang dijalankan.

Maklumat Bengkel: Kaedah. Strategi. Peranan: Bengkel Dua Hari Seni Awam
Tarikh: 21 & 22 Oktober 2019
Masa 10 pagi – 6 petang
Lokasi: Ruang by Think City, Kuala Lumpur
Masuk: Percuma (Terhad kepada 30 orang). 
Pendaftaran perlu dibuat melalui  emilychowwenqi@gmail.com


PERTANDINGAN VIDEO I heART KL 

Dengan matlamat untuk meraikan kepelbagaan kreativiti, CENDANA melancarkan pertandingan video dengan menjemput rakyat Malaysia untuk mempersembahkan naratif terbaik dalam mengilustrasikan keunikan Kuala Lumpur menerusi lensa seni budaya. 

Penyertaan terbuka itu mendapat sambutan di luar jangkaan dan lapan entri dipilih untuk pengundian awam di Laman Facebook CENDANA. Pemenang akan memenangi hadiah wang tunai dan video mereka akan ditayang di Lucky Pao Market pada 19 Oktober 2019. 

Waktu Tayangan: 
Tarikh: 19 Oktober 2019
Masa: 5 petang – 11 malam
Lokasi: Lucky Pao Market, Jalan Raja, Kuala Lumpur
Masuk: Percuma


LUCKY PAO MARKET

Jalan Raja akan ditransformasikan menjadi Bazar Seni Kreatif pada 19 Oktober dari jam 5 petang hingga 11 malam untuk menghidupkan landskap sejarah Kuala Lumpur dengan kehidupan penuh kejutan, saat-saat manis dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 

Lucky Pao Market menghimpunkan artis yang mahir dalam menghasilkan seni kraf tempatan, ciptaan kreatif, karya seni dan akan turut dimeriahkan dengan persembahan muzik tempatan yang terbaik seperti Kyoto Protocol, Johny Comes Lately, Bihzhu dan Nadir, selain aktiviti kemasyarakatan. 

Pastinya ia akan menghiburkan anda, sekali gus membawa anda ke market street di Malaysia yang popular dengan gerai jualan dan makanan tempatan yang lazat. 

Tarikh: 19 Oktober 2019
Masa: 5 petang – 11 malam
Lokasi: Jalan Raja, Kuala Lumpur
Masuk: Percuma


MASA, TEMPAT DAN CABARAN: FORUM SENI AWAM

Forum dan bengkel yang akan dianjurkan ini bakal membincangkan peranan seni budaya di ruang awam, perkongsian amalan dan pengalaman  terbaik di dalam negara, serantau dan antarabangsa. 

Forum yang akan diadakan pada 20 Oktober dari 10 pagi hingga 5 petang menampilkan Nani Kahar, Dr Rosli Zakaria, Tetawowe Atelier, Aisyah Baharuddin, Lim Soo Ngee (Singapura), Ahmad Khairudin (Indonesia), Snow Ng dan dimoderasirkan oleh Pang Khee Teik. Kemasukan adalah percuma tetapi pendaftaran perlu dibuat melalui  emilychowwenqi@gmail.com.


AKTIVITI SAMPINGAN

Panggung Rakyat pada 19 Oktober 2019 I 9 – 11 malam: Program ini berfungsi sebagai platform seni awam di Jalan Raja yang bertujuan untuk mendidik, melibatkan dan memperkasakan seni dan warisan budaya yang unik di Malaysia melalui satu siri persembahan tradisi dan bengkel interaktif, paparan dan perbincangan. Persembahan bagi bulan Oktober adalah Tarian Ronggeng dari Nusantara Performing Arts Research Center (NusParc).

Berjalan-jalan / Lawatan Galeri pada 18 – 27 Oktober 2019: Orang ramai berpeluang menyertai explorasi ke galeri pameran seni sambil menghayati kemeriahan di sekitar Kuala Lumpur yang akan berlangsung sepanjang AITC oleh kerana hasil kolaborasi bersama ‘The Art Seni’. Tempahan tiket boleh dibuat melalui  +6017 330 0012.

Sketchwalk by KL Sketchnation pada 20 Oktober 2019: Sertai ‘pengembaraan’ di Kuala Lumpur dan alami pengalaman Art In The City dengan sketchbook and pen anda! Ia antara acara sesuai untuk anda yang ingin berjinak dan menyertai demonstrasi sketching. Pendaftaran melalui  +6012 205 1990.

Art In The City 2019 dibawakan kepada anda oleh CENDANA dan DBKL dan disokong oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Tourism Malaysia, Hop On Hop Off Bus, The Art Seni dan KL Sketchnation.

Untuk matlumat lanjut berkenaan Art in the City 2019, layari https://www.cendana.com.my/our-activities/our-activities/art-in-the-city-2019


[CREDIT: Cendana]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan