5 Sep 2019

BAH, MARI PIGI KARNIVAL JOM HEBOH SABAH!


SETELAH enam tahun, acara padang terbesar Karnival Jom Heboh (KJH) kembali ke Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Jadi apa lagi orang Sabah, mari pigi Dataran Kompleks Sukan, Kota Kinabalu pada 7 & 8 September ini! KJH menawarkan pelbagai acara menarik  sepanjang dua hari karnival ini berlangsung. 

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN), 

“Sabah merupakan lokasi ketiga KJH pada tahun ini. Kali terakhir KJH singgah di Sabah adalah pada tahun 2013. Kami amat teruja dapat kembali ke Sabah kerana kali terakhir kunjungan kami di Sabah, kami menerima sambutan yang amat hebat daripada warga Sabah. 
Acara padang sebegini merupakan platform bertepatan buat kami untuk mendekati penonton setia kami dan sebagai tanda terima kasih kami buat penonton setia kami yang tidak pernah putus memberi sokongan kepada kami. 
Kami mengharapkan kunjungan kali ini akan mendapat sokongan dan sambutan yang lebih padu daripada warga Sabah tidak hanya di Kota Kinabalu, malah kami alu-alukan juga kedatangan pengunjung dari daerah-daerah lain yang berdekatan.”



Para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra bersama para selebriti yang diterbangkan khas ke Kota Kinabalu seperti Bella Dally, Nafiz Muaz, Shuk GPH, Shuib GPH, Fizie GPH, Megat Mentor, Wani Kayrie, Afieq Shazwan dan Alyssa ICSYV. 

Selain itu, temui juga personaliti TV seperti Fiza Sabjahan, Fariha Onn, Hazrena Kasim, Anwar Afiq dan juga Zack Merican yang akan membuat siaran lintas langsung di TV3.

Di KJH, kami menyediakan dua studio yang menghimpunkan pelbagai aktiviti iaitu Studio A dan Studio B. Bersama Acap dan Zee Tokan yang bakal menggamatkan suasana di Studio A, para pengunjung boleh turut serta dalam aktiviti seperti Tiru Gaya Saya, Lip Sync Battle, Karaoke Boom! dan banyak lagi bersama selebriti di sana.




Manakala, bagi pengunjung yang hadir bersama anak-anak kecil, Studio B pasti menjadi pilihan anda. Harris Alif dan Shah Sulaiman selaku hos yang bakal menghiburkan anak-anak anda dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak seperti aktiviti DIY, aktiviti permainan untuk kanak-kanak, sesi bergambar di B! 

Insta, persembahan penjagaan gigi serta sesi ramah mesra dan peluang bergambar bersama maskot  Ejen Ali, Boboiboy dan juga Alif & Sofia. 




Kemeriahan di KJH tidak terhenti di siang hari sahaja. Para pengungjung juga bakal dihiburkan dengan konsert oleh penyanyi hebat pada sebelah malamnya. Pada malam Sabtu, pentas Hot FM Nite Jam bakal digegarkan dengan persembahan Misha Omar, Hael Husaini, Drama Band, Amir Masdi dan juga Neon. Seterusnya, pada malam Ahad pula para pengunjung dapat berhibur pula bersama Kumpulan Slam, Zizi Kirana, Atmosfera Band, Velvet, Qody Rani dan Qalisya Mentor. 

Lebih istimewa lagi, seorang pengunjung bertuah KJH Sabah berpeluang membawa pulang sebuah kereta Nissan Serena 2.0L Highway Star dengan hanya menyertai peraduan Jom Menang Kereta! 

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini dan info terkini mengenai KJH Sabah, jangan lupa layari laman sesawang www.xtra.com.my/jombeboh dan juga laman sosial @TV3Malaysia. Jumpa nanti ya!


[KREDIT: Media Prima/TV3]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan