Hot Posts

6/recent/ticker-posts

J-BORN UNGGULI KEDUDUKAN TERATAS, VOICES DAN TITANS GAGAL KE FINAL MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR


SELEPAS bersaing selama lapan minggu, kumpulan Voices dan Titans akhirnya terpaksa akur dengan keputusan yang tidak menyebelahi mereka untuk ke final Muzikal Lawak Superstar yang bakal berlangsung pada 30 Ogos depan.

Penyingkiran dua kumpukan ini di peringkat separuh akhir sekaligus memberi laluan kepada empat lagi kumpulan untuk bergelar finalis dan meneruskan persaingan pada peringkat akhir untuk bergelar juara. Mereka terdiri daripada J-Born, Botak, UNI dan Newboh.

Pada peringkat separuh akhir, kumpulan J-Born mengungguli di kedudukan pertama dengan markah sebanyak 60.36%, diikuti  diikuti Botak (51.11%), UNI (48.81%) dan Newboh (44.25%). 

Sementara Voices pula berpuas berada di tangga ke lima dengan 43.41% dan Titans berada di kedudukan terbawah dengan markah 32.05 peratus.

Barisan juri yang mengadili persembahan para peserta terdiri daripada Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet.

Muzikal Lawak Superstar yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astra Warna HD (124) sejak 28 Jun lalu

Post a Comment

0 Comments