Hot Posts

6/recent/ticker-posts

IPPO HAFIZ SELAMAT DIIJABKABUL


DENGAN hanya sekali lafaz, penyanyi dan komposer sedang meningkat naik, Ippo Hafiz selamat bergelar suami apabila diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Fara Roslan pada malam Sabtu.

Majlis yang berlangsung di sebuah vila yang terletak di Ampang itu menyaksikan Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 30, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 beserta wang hantaran berjumlah RM20,000. Tidak ketinggalan tujuh dulang hantan berbalas sembilan daripada pihak perempuan.

Majlis yang berlangsung penuh harmoni ini dihadiri keluarga dan rakan taulan kedua belah pihak pengantin.

Difahamkan majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung pada hari ini (Ahad) bagi pihak perempuan dan 31 Ogos depan untuk pihak lelaki.

Selamat pengantin baharu dari kami di 7Klik.com.  


[KREDIT FOTO: Instagram Ippo Hafiz/thesweetendings]


 

Post a Comment

0 Comments