Hot Posts

6/recent/ticker-posts

J-BORN JUARA MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR



KUMPULAN J-Born muncul juara Muzikal Lawak Superstar sekaligus mengetepikan tiga lagi finalis lain dalam aksi pentas akhir yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil sebentar tadi.

Kemenangan itu sekaligus melayakkan J-Born yang dianggotai oleh Khir Rahman, Vicha dan Joey membawa pulang RM150,000 beserta trofi.

Tempat kedua pula dimenangi kumpulan UNI yang dianggotai oleh Fad Bocey, Atu Zero dan Fakhrul UNIC. Mereka membawa pulang RM75,000 beserta trofi.

Newboh yang terdiri daripada Ali Puteh, Mamak Puteh dan Tomok pula berada di tempat ketiga dengan membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM50,000 beserta trofi.

Manakala Botak yang dianggotai oleh Achey, Abam dan Black pula hanya berpuas hati di tempat keempat dengan membawa pulang RM25,000 beserta trofi.

Dalam pada itu, Joey dari kumpulan J-Born turut diumumkan sebagai Superstar pada musim ini berdasarkan kecemerlangan persembahan yang ditampilkan saban minggu.

Kesemua peserta diadili oleh tiga juri tetap yang terdiri daripada Datuk Awie, Nora Danish dan Altimet. Penjurian adalah menerusi format pemarkahan 50 peratus daripada juri tetap dan 50 peratus daripada undian penonton secara online.  

Muzikal Lawak Superstar yang telah berlangsung selama 10 minggu ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda. 

Post a Comment

0 Comments