Hot Posts

6/recent/ticker-posts

WAN 6IXTH SENSE, MELL SAKURA BAND TIMANG CAHAYA MATA PERTAMA


TAHNIAH kepada Wan 6ixth Sense dan isteri, Mel Sakura Band yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka tengahari semalam, 31 Ogos 2019, yang juga merupakan hari sambutan kemerdekaan yang ke-62.

Bayi perempuan comel yang juga 'bayi merdeka' ini dilahirkan dengan berat 3kg  dan diberi nama Marissa Sofea Mohamamad Safwan.

"Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah. Terima kasih Dr. Lilly dan terima kasih kepada semua yang mendoakan..  Marissa sofea bt mohammad safwan, 3kg | 1.07pm," kongsi Wan di laman Instagramnya pada Sabtu.

Wan yang juga merupakan pemain drum kumpulan 6ixth Sense ini berkahwin dengan Mell atau nama lengkapnya Melley Matius ini pada November 2017.

Post a Comment

0 Comments