Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RASHIDI, VANIDAH SUDAH BERCERAI OGOS TAHUN LALU


AKHIRNYA teka-teki berkenaan rumah tangga pasangan pelakon popular, Rashidi Ishak, 46, dan Vanidah Imran, 46, terjawab hari ini.

Rashidi menerusi laman Instagramnya hari ini mengesahkan mereka telahpun bercerai pada 9 Ogos 2018, selepas 17 tahun hidup bersama.

Menurutnya lagi, mereka mengambil masa yang sama untuk berkongsi berita tersebut kerana menghormati perasaan masing-masing, selain keluarga kedua belah pihak.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, 15.

Post a Comment

0 Comments