Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MOHD SADDAM, JUARA R U TOUGH ENOUGH ASIA TENGGARA



RAKYAT Malaysia terbukti paling gagah di Asia Tenggara! KIX HD (Saluran Astro 729), destinasi utama untuk hiburan aksi di Asia, telah menobatkan pegawai tentera, Mohd Saddam Mohd Pittli, 'Individu Paling Gagah Asia Tenggara' selepas berjaya menundukkan 21 finalis lain dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam dalam pertarungan hebat R U Tough Enough? Asia Tenggara. 

Beliau membawa pulang hadiah utama bernilai US$15,000 (RM62,438) serta pengalaman yang pasti dikenang sepanjang hayat.  

Baru-baru ini, pertarungan terakhir R U Tough Enough? Asia Tenggara yang telah berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid, benar-benar menduga dan mencabar keupayaan semua finalis yang bertanding, bukan saja menguji dari segi kekuatan fizikal mereka, tetapi ketahanan mental dan daya tahan emosi.




Saddam yang berumur 27 tahun menyatakan isteri beliau sebagai penyokong utamanya. Katanya: 

“Saya terlampau teruja sehingga menangis sewaktu mereka mengumumkan nama saya! Walaupun saya telah banyak memenangi maraton dan perlumbaan, tetapi pertandingan ini paling bermakna buat saya! 
Dengan wang hadiah utama ini, saya merancang untuk membeli peralatan untuk membina ‘bootcamp’ mini saya sendiri bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.” 

 
“Sungguh mengujakan melihat sambutan hangat yang diterima dari keseluruhan rantau ini terhadap R U Tough Enough? Asia Tenggara sejak beberapa bulan lepas sehingga kemuncak aksi pertarungan terakhir. 
Kebanyakan peserta memiliki kisah peribadi yang cukup memberikan inspirasi; mereka mengatasi pelbagai cabaran hidup sehingga sampai ke tahap ini. Inilah kisah hidup ketabahan sebenar sejajar dengan kandungan yang KIX HD komited untuk berkongsi dengan semua penonton di rantau ini,” jelas kata Betty Tsui, Naib Presiden, Pemprograman KIX HD.  
“Pertarungan akhir yang berlangsung adalah sangat sukar dan sengit, dan ini adalah bukti betapa gagahnya rakyat Asia Tenggara. Kami sangat berbangga dengan Mohd Saddam kerana beliau menjadi contoh sebenar 'kegagahan' fizikal, mental dan emosi, dan kami mengucapkan tahniah kepadanya bagi pencapaian ini. "



Pengacara R U Tough Enough? Asia Tenggara tahun ini adalah Dutanya Ishaq Vadillo, seorang jurulatih kecergasan Malaysia, dan Hansen Lee.

R U Tough Enough? Asia Tenggara dipersembahkan oleh Fisherman’s Friend, gula-gula tekak yang kuat dengan faedah tambahan, dan rakan kecergasan Celebrity Fitness, rakan penyiaran Astro, penaja lokasi Sunway Pyramid, dan rakan hotel rasmi Dorsett Grand Subang.  




Profil Juara R U Tough Enough? Asia Tenggara

Nama: Mohd Saddam bin Mohd Pittli
Umur: 27 
Kerjaya: Pegawai Tentera

Ibu Saddam meninggal dunia ketika beliau berusia 11 tahun. Ayahnya bekerja keras mencari nafkah menyara sepuluh orang anak dan pada masa yang Saddam terpaksa belajar berdikari membantu menyara adik-beradiknya pada usia yang sangat muda. 

Dalam menghadapi kehidupan tanpa belaian kasih seorang ibu, Saddam bangkit dan membuat keputusan untuk menyertai tentera selepas sekolah menengah dengan niat membantu keluarganya. Beliau sangat aktif dalam perlumbaan Spartan, dan juga meminati bola sepak dan larian. 

Kata-kata ketabahan: No pain, no gain; stand up and train!


[KREDIT: KIXHD]

Post a Comment

0 Comments