25 Nov 2018

MUSIM KEDUA TRAVELOG 3 KE 5 JER, TAMPIL LEBIH BANYAK LOKASI PECUTIAN



PERCUTIAN dengan melakukan aktiviti yang mencabar sambil menikmati deruan dan kesejukan air pulau serta melihat persekitaran alam yang tenang lagi mendamaikan. Paling mengujakan anda dapat menikmati pemandangan yang indah dan cantik juga air laut yang biru. 

Semua ini dapat anda bersama-sama terokai dan rasai dalam musim terbaharu program 3 Ke 5 Jer yang bersiaran mulai 24 November lalu, setiap Sabtu, pukul 12.30 tengah hari di TV1. 


Mengekalkan hos Nadia Hasnan, travelog 13 episod ini yang menerima sambutan baik daripada penonton menerusi musim pertamanya kembali untuk musim kedua dengan memperkenalkan lokasi yang lebih indah lagi dengan konsep sama, bermodalkan bajet antara RM300 hingga RM500, anda berpeluang bercuti ke destinasi percutian menarik dalam negara pilihan anda. 

Pelbagai aktiviti mengujakan dikongsikan Nadia ketika berada disesebuah lokasi pilihan selain menonjolkan situasi indah pulau, kampung mahu pun masyarakat setempat yang menyambut baik kehadirannya mempromosikan persekitaran mereka. 

Lokasi pertama dikunjungi Nadia iaitu Pulau Tioman. Sebelum itu Nadia membeli tiket feri di Mersing Harbour Centre, untuk sampai ke destinasi pulau tersebut yang memakan masa beberapa jam. 

Di sana Nadia berkongsi dengan penduduk setempat aktiviti menghasilkan dan menjual bubu yang dijadikan sumber pendapatan. Seterusnya Nadia melakukan aktiviti mendaki Gunung Naga juga aktiviti snorkling dan menikmati pemandangan indah Air Terjuh Asah.  

Sementara itu di Pulau Redang pula Nadia menghabiskan masa tiga hari dua malam di Kuala Sepetang dengan melakukan aktiviti melihat burung helang, dengan menaiki bot. Juga sekiranya bernasib baik melihat ikan lumba-lumba. 

Nadia juga berpeluang melihat aktiviti di perkampungan nelayan. Pada masa sama aktiviti Nadia di Jeti Kg. Menteri Kuala Sepetang berkongsi dengan nelayan tentang hasil tangkapan udang. Di sini juga dia berkongsi info tentang pembuatan arang di Kilang Arang Kuala Sepetang. Begitu juga kunjungannya di Muzium Matang berkongsi info menarik tentang muzium tersebut. 

Musim kedua ini juga membawa penonton menikmati keseronokan bercuti di Ayer Hitam, Johor berbekalkan modal sebanyak RM300 hingga RM500 seperti yang telah diperuntukkan. Nadia menginap di UK Farm Agro Resort dan meluangkan masa memberi makan kepada haiwan ternakan termasuklah kambing, itik, ayam juga burung unta. 

Di sebelah malam pula Nadia berpeluang melakukan aktiviti menerbangkan tanglung yang dilakukan secara beramai-ramai. Menarik juga dikongsikan kunjungan Nadia ke Felda Ayer Hitam untuk melihat aktiviti masyarakat setempat dan membeli hasil produk tempatan.

Ikuti banyak lagi lokasi yang diterokai Nadia untuk dikongsikan bersama penonton RTM dalam keseluruhan 13 episod program ini. Siapa kata nak melancong memerlukan modal yang mahal? Program ini pastinya membantu anda bercuti dengan kos yang berpatutan. 



3 KE 5 JER
Episod: 13      
Hari: Setiap Sabtu (Mulai 24 November 2018)
Masa: 12.30 tengahari 
Saluran: TV1 
Terbitan: RTM    
Pengacara: Nadia Hasnan  


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan