21 Okt 2018

MAT DERIH KOLA PERLIH, JUARA FESTIVAL TEATER MALAYSIA 2018


FESTIVAL Teater Malaysia 2018 (FTM2018) telah melabuhkan tirainya hari ini dengan menobatkan naskhah karya Namron, Mat Derih Kola Perlih sebagai Teater Terbaik untuk tahun ini.

Naskhah dari Persatuan Teater Opera Mimpi Negeri Perlis  ini turut memenangi kategori Pengarah Terbaik, Sinografi Terbaik, Pelakon Harapan Wanita Terbaik dan Anugerah Khas Juri.




Sementara naskhah Asrama-Ra (Senandika, Universiti Malaysia Pahang) di tempat kedua dan Dilarang Menyanyi Di Bilik Mandi (Politeknik Nilai Negeri Sembilan) di tempat ketiga.

Naskhah lain yang turut bertanding adalah Metamorfosa Kosong (Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching), Warga S (Kelab Teater Smart Melaka) dan Mahkamah Keadilan (Tronoh Theatershop Kuala Lumpur).

FTM2018 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Teater Malaysia ini berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, MaTiC, pada 15 hingga 21 Oktober lalu.



Senarai Pemenang FTM2018

Johan Teater Terbaik 
Mat Derih Kola Perlih 

Naib Johan
Asrama-Ra

Tempat Ketiga
Dilarang Menyanyi di Bilik Mandi

Pengarah Terbaik
Syafiq Syazim (Mat Derih Kola Perlih)

Pelakon Lelaki Terbaik
Mohd Fazreen Mohd (Dilarang Menyanyi di Bilik Mandi)

Pelakon Wanita Terbaik
Najua P. Ramlee (Asrama-Ra)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shahru Al Aziza Iskandar Bakri (Metamorfosa Kosong)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Noor Idlah Abdul Halim (Dilarang Menyanyi di Bilik Air)

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Muhammad Aidil Rosli (Warga S)

Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Nesa Idtus (Mat Derih Kola Perlih)

Sinografi Terbaik
Mat Derih Kola Perlih

Anugerah Khas Juri
Mat Derih Kola Perlih

Anugerah Tokoh Teater
Abdul Malik Abdul Hamid (Kalam Hamidi)




[KREDIT FOTO: JKKN] 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan