19 Okt 2018

HEI MASKULIN, ASPIRASI KEJAYAAN LELAKI


CIRI-CIRI peribadi, aktiviti dan gaya seorang lelaki yang maskulin dan berjaya ditonjolkan dalam program majalah terbaharu disiarkan RTM mulai 20 Oktober ini, setiap Sabtu, pukul 1.30 petang menerusi saluran TV1.

Hei Maskulin, pogram 13 episod yang menampilkan Karl Shafek sebagai hos ini sarat dengan perkongsian info dan temu bual bersama-sama tetamu undangan dalam tiga segmen utama termasuklah segmen ‘Kerjaya’, ‘Glam Lelaki’ dan ‘Hobi’. 

Sebagai pembuka tirai segmen ‘kerjaya’ mengetengahkan temu bual bersama lelaki maskulin yang bukan sahaja memiliki tubuh sasa sebaliknya menyandang kerjaya hebat yang boleh dijadikan idola kepada lelaki lain. 

Individu berjaya dimaksudkan termasuklah Dr. Mohd Hannan Mohd Yusof, pakar rawatan kecantikan yang juga pengusaha Hannan Medispa yang mempunyai 12 cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Seterusnya Muhammad Wafiuddin Zainal Abidin atau Wafie Zainal (usahawan kedai Royal Barber shop).

Diikuti Chef Sherson Lian (cef selebriti dan pemilik restoren Hello! By Kitchen Mafia), Zaid Arif Zubir (pemilik jenama kasut Zeve Shoes), juga Khairul Asyraf dan Daniel Salehuddin (pemilik Fine Grit Studio yang menghasilkan pelbagai bahan perabot dan perhiasan yang dibuat daripada kayu kayan tempatan).

Segmen sama turut berkongsi aspirasi kejayaan milik Amir Ismail ( pemilik Skatze Skate Shop),  Shukor Farhan Suliman (atlet sukan berbasikal Orang Kurang Upaya), Ustaz Jalaluddin Haji Hassanuddin (Pengasas Yayasan Al Baghdadi), Mohamad Hisham Mohamad Yusof (pengusaha syarikat BMXT Bumi Moto Xtreme Trading) dan Gan Jiunn Uei (pemilik gymnasium MuayFit International). 

Ada juga temu bual bersama Kashfi Zulkifli (pereka fesyen tempatan dan perunding hiasan dalaman), Mohd. Kamarulhelmy Mohd Kamal (pemilik syarikat Gadgets World 666), Muhammad Fahmi Mahamuddin (pemilik Marmar Motion - kumpulan pelukis mural), dan Leftenan Kolonel Dr. Hj. Khairul Fauzi bin Hj. Azmi (pendakwah dan pakar motivasi Angkatan Tentera Malaysia).

Menyusul segmen ‘glam lelaki’ bersama pakar perunding imej, Puan Wawa Idris berkongsi info dan tips kepada lelaki maskulin termasuklah mengenai pakaian kasual dan smart kasual yang sesuai bagi kaum lelaki, pakaian sukan yang sesuai untuk lelaki maskulin berdasarkan sukan akan disertai, pakaian formal di pejabat yang sesuai dan mampu menonjolkan imej yang baik bagi kaum lelaki dan pakaian yang sesuai untuk majlis rasmi. 

Ikuti juga penerangan tentang tip mengenai pakaian ke majlis perkahwinan bagi kaum lelaki khususnya cara memakai Baju Melayu dengan lengkap, pakaian bagi aktiviti pengembaraan, pakaian riadah yang sesuai, pakaian ‘Black Tie’ ke majlis makan malam, pakaian yang sesuai untuk menghadiri temujanji, bentuk pakaian bagi seorang lelaki yang ingin menghadiri majlis Jamuan Minum Petang (HiTea), bentuk pakaian bagi aktiviti melancong, cara-cara berpakaian dengan gaya Hipster dan pakaian yang sesuai bagi menghadiri majlis makan malam bersama pasangan.

Program dilengkapi dengan segmen ‘hobi’ memaparkan hos menemubual David Kong dari Go-Karting Resources di Cyberjaya tentang aktiviti GoKarting dicadangkan sebagai sukan lasak yang sesuai bagi kaum lelaki. 

Kenali Bahaman Hashim pengusaha kedai Dive Buddy di Shah Alam bagi mereka yang gemar scuba diving, peminat motosikal berkuasa tinggi dan membincang mengenai pelbagai aspek aktiviti tahan lasak ini, Muhammad Qazwini Shahrel, (Pengurus Lapangan Sasar Golf di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya) menjelaskan mengenai sukan golf dan peralatan yang diperlukan untuk menyertai aktiviti sukan ini.

Bersama Nur Yurman Nur Azmi, jurulatih sukan berkuda mengenai sukan menunggang kuda, Fad’zlam Noor Zakaria (jurulatih Sukan Bina Badan di Vision Body), Jamal Jupir (pemilik Cyberjaya Paintball Park), Syahereza Fajrin dan Yusof Abdul Raof (jurulatih Tenpin Bowling), Abu S. Shami dan M. Faisyal Ismail, dua orang peminat sukan Papan Luncur Panjang (Longboard).

Tidak ketinggalan Faisal Pilus, Khairul Aiman Azman dan Eddie Mahadi yang terlibat dalam sukan tahan lasak iaitu berbasikal di kawasan bukit (‘mountain biking’) juga Danny Choo (jurulatih Wakeboard yang mengkongsikan maklumat mengenai aktiviti riadah air). 

Selain kongsikan juga hobi milik Mas Ridzwan Mas Faizil (pengusaha ATV Adventure Park) yang menawarkan perkhidmatan sukan All Terrain Vehicle (ATV) kepada peminat sukan tahan lasak luar rumah.



HEI MASKULIN
Episod: 13      
Hari: Setiap Sabtu (Mulai 20 Oktober 2018)
Masa: 1.30 petang 
Saluran: TV2
Terbitan: RTM   
Pengacara: Karl Shafek 


[KREDIT: RTM]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan