1 Okt 2018

KONSERT PERTAMA GV5 : AMELINA TERATAS, ELITE TERCOROT


GEGAR Vaganza kembali dengan musim terbaharu pada edisi kelimanya yang bermula pada semalam. Konsert pertama dan juga pengenalan untuk musim kali ini tampil dengan tema, Oh Dia Ke' menyaksikan barisan peserta menyanyikan lagu yang pernah menaikkan nama  mereka sebelum ini.

Memang meriah, memang hangat! Apatah lagi masing-masing turut membawa penyokong yang bikin gempak di sepanjang konsert berlangsung.

Lebih best, pada minggu pertama ini tiada penyingkiran yang dilakukan.

Jom kita lihat markah dan kedudukan kesemua peserta yang melakukan persembahan pada minggu ini.


1. Amelina - 73.8%  
(Asyik, Memori Daun Pisang, Rindu)

2. Zamani - 72% 
(Gerimis Mengundang)

3. Shafie Rio - 64% 
(Layu Di Hujung Mekar)

4. Maya Matahari - 63%
(Matahari)

5. Dia Fadhila - 58.9 %
(Aku Masih Setia)

6. Forteen - 55.5%
(Berdua Bersatu)

7. Hetty Sarlene - 54.5%
(Sangsi Asmara)

8. Farawaheda - 53.3%
(Tanpamu)

9. Safura - 53.1%
(Sedalam Mana Cintamu)

10. Noryn Aziz - 51.9%
(Fantasi Oh Realiti)

11. Billy Zulqarnain - 49%
(Hati Terluka)

12. Elite - 46%
(Tamparan Wanita)


Kesemua peserta yang bertanding diadili sepenuhnya oleh barisan juri tetap yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Datuk AC Mizal.

Program yang masih mengekalkan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara ini berlangsung di Wisma MBSA, Shah Alam dan disiarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan