Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BIOGRAFI LEGENDA KUNGFU, BRUCE LEE


BRUCE LEE merupakan legenda kungfu terkenal yang dilahirkan pada 27 November 1940 dan meninggal pada usia yang muda iaitu 20 Julai 1973 sewaktu berumur 32 tahun. Banyak filem-filem lakonan mendiang yang masih diingati sehingga kini. Tidak kurang juga yang dalam kalangan orang ramai yang ingin mengetahui latar belakang figura yang satu ini.

Ianya dikongsikan RTM dengan menghadiahkan tayangan filem biografi Bruce Lee bertajuk Bruce Lee, My Brother pada 11 Oktober ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Golden Dragon di TV2. 

Dihidupkan wataknya oleh Aarif Lee atau Aarif Rahman, pelakon kelahiran Hong Kong berdarah kacukan Melayu, Arab dan Cina, filem ini menampilkan dua bintang lain yang berlakon dalam filem ini iaitu Karen Mok dan Tony Leung Ka-Fai yang akan berperanan sebagai orang tua Bruce Lee. Filem ini diarahkan oleh Yip Wai-Man.




Filem biografi Kantonis ini mengisahkan kehidupan seorang legenda kung fu bernama Bruce Lee yang dilahirkan di San Francisco. Beberapa bulan kemudian keluarga Lee kembali semula ke Hong Kong. Masih lagi bayi, Bruce Lee kemudiannya tampil di Golden Gate Girl pada tahun 1941 dan ketika berumur 9 tahun beliau membintangi filem The Kid dengan nama Lee Xiao Long. 

Bruce Lee tidak menyerlah dalam bidang akademik di sekolah tetapi dihormati oleh rakan-rakan sebagai seorang pelakon muda yang telah membintangi beberapa filem. Bruce Lee dan rakan-rakan baiknya bernama Kong dan Unicorn selalu terlibat dalam pergaduhan kecil. 

Seterusnya beliau mempelajari gaya kung fu Wing Chun dan dapat mengalahkan seorang peninju hebat Amerika dari sekolah lain. Apabila Bruce Lee mengetahui Kong telah menjadi seorang penagih dadah, beliau bersama rakan-rakannya menyerang sarang pengedar dadah untuk menyelamatkan Kong dan dikejar oleh pengedar dadah serta pihak polis. 

Untuk menyelamatkan nyawa Bruce Lee, bapanya terpaksa menghantar beliau ke Amerika untuk meneruskan pengajiannya. Lalu apakah kesudahannya?



BRUCE LEE MY BROTHER
Tarikh Tayangan: 11 Oktober 2018
Hari: Selasa
Masa: 9.30 Malam
Saluran: TV2 (Slot Golden Dragon)
Terbitan:   
Arahan: Yau Nai-hoi   
Pelakon: Aarif Lee atau Aarif Rahman, Karen Mok dan Tony Leung Ka-Fai



[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments