9 Sep 2018

DATUK SITI SELAMATKAN WANI KAYRIE DARI TERSINGKIR DI SUKU AKHIR BIG STAGE


PENYANYI Wani Kayrie terselamat daripada penyingkiran apabila mendapat imuniti daripada salah seorang juri tetap, Datuk Seri Nurhaliza di pentas suku akhir Big Stage 

Justeru tiada penyingkiran yang berlaku pada minggu ini dan kesemua enam peserta Sarah Suhairi, Syafiq Farhain, Afiq Shazwan, Baby Shima, Ariff Bahran termasuk Wani Kayrie layak melangkah ke pringkat separuh akhir minggu depan.




Wani mendapat markah terendah daripada barisan dengan 71.33% dan berada dikedudukan yang sama untuk undian Tik Tok.

Sementara itu, Sarah Suhairi terus tampil yakin apabila sekali lagi menjadi peserta yang berada di kedudukan pertama dengan markah 81.50%.



Pada peringkat suku akhir, para peserat diadili oleh barisan juri tetao, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan juri jemputan, Jaclyn Victor.

Big Stage yang diacarakan oleh Sherry AlHadad dan Alif Satar ini bersiaran langsung dari Auditorium MBSA dan Astro Ria dan Ria HD. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan