Hot Posts

6/recent/ticker-posts

STRIM LEBIH 9,000 VIDEO UNTUK KANAK-KANAK DI ASTRO GO

[Astro lancar kempen cuti sekolah menerusi Astro Go Go Go - FOTO: Astro]

SEMPENA musim cuti persekolahan ini, Astro menyajikan lebih 9,000 kandungan hiburan kanak-kanak terhebat yang boleh didapati di platform Astro GO dan On Demand, sedia untuk distrim pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. 

Dalam pada itu, kanak-kanak juga boleh menonton program-program kegemaran mereka ini dalam versi berdefinisi tinggi (HD) di Astro Ceria, Astro Xiao Tai Yang, Disney Channel, Cartoon Network dan Nickelodeon.

Lebih dari 50 program-program eksklusif menanti penonton di saluran pelbagai bahasa Astro termasuklah di saluran kanak-kanak nombor satu di Malaysia, Astro Ceria, saluran-saluran utama berbahasa Melayu (Astro Ria, Astro Warna, Astro Prima), saluran antarabangsa (HBO, Fox Movies, Disney, Cartoon Network, Nickelodeon, Warner TV), saluran berbahasa Cina (Astro Xiao Tai Yang) dan saluran berbahasa India (Astro Vaanavil, Astro Vellithirai) dari 23 November 2019.


[Baby Shark dan Pinkfong dalam 'Hello Pinkfong', eksklusif cuti sekolah ini - FOTO: Astro]


[Spongebob Squarepants, salah satu animasi kegemaran kanak-kanak di Astro - FOTO: Astro]


Didi and Friends kembali dengan musim terbaharu hanya di Astro - FOTO: Astro]



‘Hello Pinkfong’
Astro Ceria | 23 November 2019 | 10.00 A.M.

Menggabungkan elemen pendidikan dan hiburan, kanak-kanak boleh mempelajari Bahasa Inggeris menerusi lagu-lagu yang dipersembahkan, aktiviti seni dan kraftangan serta pendekatan pembelajaran berbentuk eksplorasi!


‘SMK’
Astro Ceria | 30 November 2019 | 11.00 A.M.

Siri bergenre komedi akan menampilkan pelbagai kisah menarik seorang murid baharu bernama Adam dan gelagat sekumpulan remaja di sekolah menengah. Ia mengangkat keunikan setiap pelajar dan menyuntik semangat persahabatan serta keharmonian terutamanya di kalangan pelajar yang hadir dari pelbagai latar belakang.


‘Didi & Friends’ Musim 4
Astro Ceria | Every Monday | 3.00 P.M.

Jenama prasekolah nombor 1 di Malaysia Didi dan rakan-rakannya, Nana, Jojo, Pak Atan, Bobot, Baby Dino dan ramai lagi! Musim terbaharu Didi & Friends hadir dengan lagu yang meriah, menarik dan sangat menghiburkan. Jom nyanyi sama-sama, hora horey!


‘Kisah Omar & Hana’
Astro Ceria | Every Friday | 3.15 P.M.

Jom berhibur sambal belajar akhlak seorang Mulism dengan animasi muzikal yang berasaskan 


‘Perisik Cilik’
Astro Ceria | 28 November 2019 | 9.00 P.M.

Empat perisik cilik berada dalam misi untuk menghentikan aktiviti jahat seorang saintis yang merancang untuk mengawal kanak-kanak di seluruh dunia dengan penciptaan permainan video terbarunya. Akankah mereka berjaya?


‘Misteri Krew: Harta Karun Jepun’
Astro Ceria | 12 Disember 2019 | 9.00 P.M.

Keupayaan empat penyiasat misteri muda diuji apabila diminta menyelesaikan masalah paranormal di sebuah rumah anak yatim di Kampung Sentosa. Misteri itu berterusan dengan penampilan aneh tentera Jepun yang dikatakan melindungi khazanah yang dikebumikan di sekitar rumah itu.


‘Ceria Megastar Ministar: Zap-In’
Astro Ceria | 26 Disember 2019 | 9.00 P.M.

Kesedihan merangkumi El & Aliff, dua sepupu yang baru sahaja kekalahan di pertandingan bakat yang diadakan di sekolah mereka. Setelah kembali ke kampung halaman mereka, mereka mula memahami ertinya muzik yang sebenar. Bolehkah ini mengubat kekalahan mereka?


‘Madagascar 3: Europe’s Most Wanted’
Astro Ceria | 23 November 2019 | 9.00 P.M.

Alex mula bosan dengan hidupnya yang sering dalam pelarian. Usia yang semakin tua membuatnya ingin kembali berada di zoo binatang di New York. Bersama rakan-rakannya Melman, Gloria dan Marty, mereka mulai memikirkan jalan pulang.


‘Monsters VS Aliens
Astro Ceria | 14 Disember 2019 | 9.00 P.M.

Ginormica, Dr. Cockroach Ph.D., The Missing Link, Insectosaurous dan B.O.B. bergabung bersama untuk melawan serangan alien.


‘The Spongebob Movie: Sponge Out of Water’
Astro Ceria | 21 Disember 2019 | 9.00 P.M.

Begitu aman di Bikini Bottom bagi SpongeBob Squarepants dan kawannya Patrick, Squidward, Mr. Krabs dan Sandy. Walau bagaimanapun, apabila resipi rahsia untuk Krabby Patties dicuri, SpongeBob mesti bergabung dengan musuhnya Plankton untuk naik ke darat bagi memerangi lanun jahat yang bernama Burger Beard.


‘Teenage Mutant Ninja Turtles’
Astro Ceria | 30 November 2019 | 9.00 P.M.

Setelah dilahirkan daripada eksperimen yang gagal, kura-kura remaja Leonardo, Michelangelo, Donatello dan Raphael tinggal di pembetung di bawah New York. ‘Sensei’ mereka Splinter, menasihatkan mereka untuk tidak menunjukkan diri mereka di atas. Namun, mereka tidak dapat duduk diam kerana Shredder sedang menyerang bandar New York.


‘Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows’
Astro Ceria | 7 Disember 2019 | 9.00 P.M.

Terdapat cabaran baru apabila Shredder berjaya melarikan diri dari penjara dan bergabung dengan Baxter Stockman, ahli sains gila yang merancang untuk menggunakan serum untuk mengambil alih dunia. 


‘GG Bond: Dodgeball Legend’
Astro Xiao Tai Yang | 20 November 2019 | 10.30 A.M.

GG Bond teruja apabila mendapat dodgeball ber-autograph dari pemain bintang Apolloson. Sejak peristiwa itu, GG Bond memutuskan untuk menjadi pemain dodgeball professional!


‘Pains of AU’
Astro Xiao Tai Yang | 25 November 2019 | 10.00 A.M.

Animasi animasi kanak-kanak ini mendidik dan membimbing kanak-kanak dalam menyelesaikan masalah dengan cara yang menarik!


‘Boom’
Astro Xiao Tai Yang | 5 Disember 2019 | 11.00 A.M.

Menggalakkan interaksi antara ibu bapa dan anak-anak, rancangan aneka ragam ini melihat dua puluh keluarga bersaing dalam pelbagai permainan air yang menyeronokkan!


‘Legend of the Zodiac’
Astro Xiao Tai Yang | 24 November 2019 | 11 A.M.

Anak Matahari, Tianpeng, jatuh ke dalam Kuil Sun dalam keadaan mabuk dan menjadi pemangkin kepada peristiwa-peristiwa yang akhirnya akan membawa kepada penciptaan tanda-tanda dua belas zodiak.


‘Boonie Bears: The Big Top Secret’
Astro Xiao Tai Yang | 14 Disember 2019 | 12.00 P.M.

Briar berasa kecewa dengan kawan-kawannya dan menyertai sarkas. Rakan-rakan barunya mengubat rasa rindu dan kecewa itu, tapi hanya untuk seketika sahaja.


‘Boonie Bears: The Big Shrink’
Astro Xiao Tai Yang | 21 Disember 2019 | 12.00 P.M.

Filem ini menggambarkan dua beruang, Briar dan Bramble, dan Qiang si botak, yang secara tidak sengaja disusut oleh alat pengecutan, meninggalkan mereka di dunia mikro di mana semuanya kelihatan lebih besar daripada biasanya.


‘New Happy Dad & Sons: Instant Genius’
Astro Xiao Tai Yang | 7 Disember 2019 | 12.00 P.M.

Animasi komedi keluarga sci-fi tentang keluarga yang menghantar anak mereka ke "eksperimen genius" yang dimulakan oleh “pakar” yang penuh dengan misteri, tetapi yang rupa-rupanya mempunyai motif tersembunyi.


‘New Happy Dad & Sons: Secret Plans’
Astro Xiao Tai Yang | 30 November 2019 | 12.00 P.M.

Keluarga dengan impian mereka yang mereka panggil "pelan rahsia", menghadapi masalah ketika mereka bertembung dengan satu sama lain, dan bagaimana mereka bekerja untuk mengatasi kesukaran mereka membentuk inti dari animasi komedi sci-fi ini.


‘The Adventures of Motu Patlu’
Astro Vaanavil | 18 November 2019 | 4.00 P.M.

Dua sekawan Motu dan Patlu yang tinggal di Furfuri Nagar setiasa dikelilingi masalah. Untuk keluar dari masalah-masalah itu, yang sering kali disebabkan tindakan si Motu, mereka sering mendapat bantuan daripada kawan-kawan mereka yang lain.


‘Superstar Raja’
Astro Vaanavil | 28 November 2019 | 10.00 A.M.

Satu animasi animasi mistik Tamil disutradarai oleh Ambrose Solomon yang mengelilingi 'Superstar Raja'.


‘Allunggal Vellunggal’
Astro Vaanavil | 7 Disember 2019 | 9:00 P.M.

Pasukan-pasukan bersaing untuk memenangi hadiah menarik dalam game show menyeronokkan ini.


Kisna Movies
Astro Vaanavil | 23 November 2019 | 10:00 A.M.

Nikmati animasi ini berdasarkan kepada Mahayoddha Kisna!


‘Dumbo’
Fox Movies | 21 Disember 2019 | 10.00 P.M.

Dumbo adalah seekor gajah jantan yang bertingkah laku seperti manusia dan memiliki telinga yang lebar yang dipakainya sebagai sayap untuk terbang!


‘Avengers: Endgame’
Fox Movies | 1 Januari 2020 | 10.00 P.M.

Tiga minggu selepas peristiwa Thanos, hanya sebilangan para adiwira dan adiwirati Avengers yang masih hidup di bumi kini diketuai oleh Natasha Romanoff termasuk Steve Rogers, Thor, Bruce Banner, Rhodes, Rocket Racoon dan Hawkeye. Mereka masih trauma dan meratapi kekalahan dan kematian rakan-rakan adiwira yang lain serta sebahagian penduduk di bumi serta alam semesta yang lebur menjadi debu.


‘We Bare Bears’
Cartoon Network | 2 Disember 2019 | 7.30 A.M.

We Bare Bears mengikuti tiga adik angkat: Grizz, Panda (sering dipanggil Pan-Pan) dan Ice Bear. Beruang comel ini sering berseronok bersama rakan-rakan mereka, seperti si pandai Chloe Park, Bigfoot Charlie, sensasi internet Nom Nom, pengawal taman Tabes, dan jurujual produk Lucy.


‘Wizards of Warna Walk Special with the Mouseketeers’
Disney Channel | 20 Disember 2019 | 1.00 P.M.

Sebuah sitkom fantasi yang memaparkan kehidupan sebuah keluarga Malaysia unik dan tinggal di bandar yang sibuk, Kuala Lumpur. Rancangan televisyen bersiri ini berfokuskan tentang keluarga D'Cruz- tiga orang penyihir dengan kebolehan ajaib, Amelia dan adik-beradiknya, Alissa dan Aiden, bapa serta bekas penyihir Norman, dan ibu Jasmin.


‘Steven Universe: The Movie’
Cartoon Network | 21 Disember 2019 | 7.30 A.M.
‘Steven Universe: The Movie’ berlangsung dua tahun selepas finale musim kelima "Change Your Mind" dan mengikuti Crystal Gems ketika mereka cuba menyelamatkan semua kehidupan organik di Bumi dari Gem yang berdendam kerana sejarahnya dengan ibu Steven.


‘Spongebob Squarepants’
Nickelodeon | 14 Disember 2019 | 2.30 P.M.
Spongebob Squarepants adalah span empat segi yang bercakap yang tinggal di nanas di bawah laut. Keseronokan yang tidak henti-henti beliau mendapat cemuhan dari jirannya yang panas baran, Squidward Tentacles. Spongebob bekerja sebagai tukang masak di Krusty Krab yang dimiliki oleh si tamak, Mr. Krabs.


‘Mickey Go Local’
Disney Channel | 18 November 2019 | 1.00 P.M.

Mickey, Minnie, Goofy, Daisy dan Donald meneroka keajaiban Singapura dan Malaysia, mengalami budaya kaya di Asia Tenggara, mencuba makanan ikonik dan pakaian tradisional dalam siri yang penuh dengan momen komedi ini.

Post a Comment

0 Comments