Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SELAMAT JALAN DA’I WAFI, PESERTA KETIGA TERSINGKIR DARI PENTAS DA'I MUSIM KEENAM


MEMASUKI minggu ke-3, persaingan para peserta di pentas Da’i musim ke-6 semakin lama semakin sengit. Namun adat pertandingan, untuk mencari juara pasti ada yang akan tertewas dengan perjuangan mereka. 

Bukan tidak bagus, bukan tidak punya gaya.. mungkin rezeki masih belum berpihak pada mereka. Minggu lalu, pentas Da’i 6 mengucapkan selamat jalan buat ejen dakwah yang berasal daripada Kelantan, Da’i Wafi. Da’i Wafi menjadi peserta ketiga disingkirkan selepas Da’i Syazwani dan Da’i Danial. 



Para ejen dakwah ini diuji dengan tazkirah pendek bertemakan pepatah, bidalan dan perumpamaan pada minggu lalu. Tema ini bagi mengangkat martabat bahasa melayu kerana indahnya pepatah, bidalan dan perumpamaan bahasa melayu ini penuh dengan kiasan, sindiran yang dapat dijadikan pengajaran di sebaliknya. 

Para peserta perlu lebih berusaha untuk menyampaikan tazkirah mereka di luar kotak, berbeza dengan minggu-minggu yang sebelumnya bagi membolehkan mereka untuk terus bersaing hebat dipentas Da’i 6. 




Juri tetap iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail seringkali menekankan kepentingan untuk mengawal setiap isi-isi yang hendak disampaikan supaya konteksnya dapat difahami dengan baik oleh para penonton di dalam setiap komen-komen mereka. 

Menurut juri, Da’i 6 adalah platform terbaik untuk mereka menyampaikan ilmu, jadi seharusnya mereka memanfaatkan setiap detik waktu mereka agar ilmu yang ingin disampaikan itu meresap dan memberi kesan di jiwa setiap mereka yang mendengar takzirah mereka. Para peserta yang masih bersaing juga dilihat semakin berkeyakinan dan kreatif untuk mempelbagaikan gaya persembahan mereka. 




Berikut adalah topik dan Da’i meter persembahan peserta mengikut giliran minggu lalu:

Da’i Amirul dan Da’i Haziq bersaing sengit apabila masing-masing mendapat peratusan tertinggi menerusi undian penonton dengan hanya perbezaan 1% di antara mereka di mana Da’i Amirul memperoleh 72% undian, manakala Da’i Haziq meraih 71% undian. Ternyata penonton dan juri suka dengan gaya penyampaian kedua mereka yang punyai isi mantap, lengkap dengan rujukan dan gaya bersahaja. 

Seperti biasa, tazkirah yang disampaikan oleh setiap peserta selama tiga minit ini dinilai mengikut aspek pengisian Al-Quran & Hadis (30%), gaya & susunan isi (30%), kreativiti persembahan (20%) oleh juri tetap manakala 20% markah lagi adalah daripada para Murabbi. 

Perjalanan ejen-ejen dakwah ini akan diteruskan lagi bagi minggu ke-empat Jumaat ini. Teruskan menyokong pendakwah muda ini supaya suara dakwah mereka didengari dan pesanan mereka dihayati oleh masyarakat. Jangan lupa #DaiTV3 di laman sosial anda dan tonton persembahan mereka pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di TV3!




[KREDIT: tv3]

Post a Comment

0 Comments