5 Jun 2018

SEGALANYA LEBIH BERMAKNA BERSAMA SURIA


MASIH mengekalkan tema ‘Segalanya Lebih Bermakna’, Suria kembali memberikan seribu satu makna kepada pendengar dan peminat setia Suria menerusi variasi pengisian khas sempena Ramadan Raya yang boleh ditonton menerusi laman web www.suria.my. 

Bukan hanya memperkenalkan beberapa program berdurasi pendek yang terbaru, malah Suria turut menganjurkan peraduan yang memberi peluang kepada pendengar setia untuk memenangi duit raya! 

“Variasi pengisian Segalanya Lebih Bermakna merupakan initiatif yang dijalankan bagi memperluaskan lagi jenama Suria di dalam dunia digital dan aspek visual yang ditonjolkan diharapkan dapat menarik lebih ramai peminat baru Suria”, kata Imee Kamalia, Pengurus Pengurusan Penjenamaan dan Digital Suria. 
“Bersesuaian dengan tema Segalanya Lebih Bermakna, sifat positif yang ditampilkan oleh penyampai-penyampai Suria yang terlibat secara langsung program-program terbitan Suria ini akan memberi makna dan menjadi ikutan pada masyarakat luar yang menonton.” Kata Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, Pengurus Program Suria.  


Antara pengisian Segalanya Lebih Bermakna yang di perkenalkan adalah:- 




Duit Sampul Suria
Tarikh: 14 Mei – 8 Jun 2018

Suria ingin memberikan DUIT RAYA untuk pendengar bertuah Suria menerusi peraduan Duit Sampul Suria! 

Caranya senang sahaja! Dengar sahaja isyarat Duit Sampul Suria dikeudarakan dalam segmen Suria Pagi dan Suria Petang dan kemudian jadi pendaftar terantas dengan menghantar <duit sampul suria>jarak <nama> jarak <no mykad> jarak <nombor telefon ke Whatsapp Suria 012-5551053. 

Suria akan menghubungi pendaftar terpantas dan berikan satu soalan mudah. Soalan yang dijawab betul akan memenangi duit raya bernilai RM150! 


Ustaz Di Konti  
Setiap Isnin – Jumaat, jam 12 tengah hari & 4 petang 
No Episod: 42 

Program kerohanian dan ilmiah berdurasi pendek ini akan bersama Ustaz Husni daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) menjawab dan membincangkan persoalan-persoalan berkaitan bulan Ramadan yang dihantar pendengar setia Suria menerusi laman sosial Instagram. 



#FiziKongsi 
Bermula 25 Mei 2018
Setiap Jumaat, jam 10.00 pagi 
No Episod: 4 

Program ini akan menyaksikan bagaimana Fizi Ali mengatasi cabaran mendekati gaya hidup masyarakat apabila dia harus mengikuti rutin harian mereka seawal sahur hingga lewat malam dan berkongsi pengalaman dan pengajaran yang telah dipelajarinya.




#ProjekCinderellaByZulin 
Bermula 28 Mei 2018
Setiap Isnin, jam 10.00 pagi 
No Episod: 4 

Seiring dengan minat Zulin dalam alatan solek, program #ProjekCinderellaByZulin ini akan memaparkan Zulin melakukan transformasi kepada peminat-peminat bertuah dan berkongsi teknik-teknik bersolek serta tips-tips kecantikan untuk Hari Raya untuk para wanita di luar sana. 




Ceriakan Ramadan bersama Scotch Brite
Bermula 5 Jun 2018
Setiap Selasa, jam 12 tengah hari 
No Episod: 3 

Program masakan tajaan Scotch Brite ini akan menyaksikan penyampai Suria, Cik Piah dan Juara Masterchef Malaysia Pertama, Chef Ezani menunjukkan demo masakan dan pengikut Suria yang menyertai peraduan Ceriakan Ramadan bersama Scotch Brite akan bertanding memasak dan dinilai menerusi bakat mereka dalam hiasan makanan. Bukan itu sahaja, pemenang juga memenangi wang tunai sebanyak RM150 dan dapat berbuka puasa bersama Cik Piah dan Chef Ezani. 




Lagu dan Muzik Video ‘Segalanya Lebih Bermakna’ 

Suria bakal tampil dengan muzik video lagu raya ‘Segalanya Lebih Bermakna’ yang berkisarkan tentang nilai-nilai positif sempena Hari Raya seperti kebersamaan, kekeluargaan dan hubungan ukhwah. Dengarkan nyanyian penyampai-penyampai Suria dan tonton gelagat mereka ketika sesi rakaman dalam muzik video yang bakal ditayangkan menerusi laman web Suria. 

CSR Segalanya Lebih Bermakna

Sekali lagi Suria akan menjelajah ke Wad Paediatrik di hospital sekitar Lembah Klang sempena lawatan CSR Segalanya Lebih Bermakna. Lawatan CSR ini akan ke Institut Jantung Negara pada 31 Mei 2018, Hospital Sungai Buloh pada 5 Jun dan Hospital Shah Alam pada 6 Jun 2018 meraikan kanak-kanak yang terlantar atau sedang menerima rawatan di hospital berkenaan. 

Mangkuk tingkat yang berisi biskut, air kotak dan mainan serta barangan eksklusif Suria diberikan kepada pesakit manakala pek berbuka puasa diberikan kepada ibu bapa, doktor dan jururawat yang bertugas. Lawatan ini juga dihadiri penyampai-penyampai Suria seperti Sharifah Shahira, Zulin, Fizi, DJ Lin, Feeya Iskandar dan Tyzo serta selebriti popular tempatan seperti Dato Fazley, Khai Bahar, Cassidy La Crème, Idzham Ismail, Ryan Deedat dan ramai lagi. 

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #SegalanyaLebihBermakna untuk sebarang interaksi di laman sosial. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan