Hot Posts

6/recent/ticker-posts

‘Akhirnya Kita Bertemu’, Dukun 2018


SELEPAS 12 tahun terperam kerana diharamkan, akhirnya filem Dukun 'dihalalkan' untuk ditayangkan di pawagam mulai esok, 5 April 2018. 

Dukun yang juga merupakan karya sulung pengarah Bunohan dan Interchange, Dain Said menyaksikan gandingan pelakon-pelakon hebat yang terdiri daripada Datin Umie Aida, Faizal Hussien, Elyana, Nam Ron, Bront Palarae, Soffi Jikan, Chew Kin Wah, Ramli Hassan, Mislina Mustafa, Nadiya Nisaa, dan Adlin Aman Ramli.

Tagline baru, Akhirnya Kita Bertemu diperkenalkan bagi menggantikan tagline terdahulu, Aku Takkan Mati, selain #perempuankebayamerah.

Walaupun sudah ramai yang menonton filem Dukun setelah filem ini bocor di internet bulan lalu, ia kini ditayangkan di layar lebar dan mungkin ada babak-babak tambahan istimewa yang tidak terdapat di versi bocor.

Filem ini merupakan sebuah filem yang telah menjalani penggambaran pada tahun 2006 dan diharamkan tayangannya kerana isu-isu berbangkit yang dipercayai berhubung kait dengan kes pembunuhan berprofil tinggi, Mona Fendy suatu ketika dulu. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments