30 Apr 2018

,

SIRI The Fast And Furious sentiasa mencatatkan kutipan pecah panggung setiap kali ditayangkan. Filem yang padat dengan aksi ini mempunyai aura luar biasa yang pastiya mencetuskan fenomena dalam kalangan peminatnya. 

RTM bakal menyajikan filem Fast Five iaitu siri kelima daripada The Fast And The Furious. Saksikan filem penuh aksi arahan Justin Lin ini pada 1 Mei ini, pukul 9.30 malam mengisi slot English Blockbuster.

Memaparkan kisah sekumpulan penjenayah diketuai oleh Dominic Toretto yang mahir dalam pemanduan kereta. Misi mereka kali ini untuk merompak seorang ahli perniagaan yang mahukan mereka mati. 

Plot cerita bermula selepas Dominic dibebaskan daripada tahanan polis oleh adiknya Mia dan teman lelakinya Brian semasa dalam perjalanan ke penjara. Mereka telah melarikan diri daripada buruan pihak polis sehinggalah sampai di Rio de Janeiro. 

Setelah sampai di Rio, Dominic mengumpulkan anggotanya terdiri daripada pelumba-pelumba handalan untuk melaksanakan tugas terakhir mereka iaitu merompak wang bernilai $100 juta milik Reyes, ketua sindiket dadah yang disimpan dalam peti besi di sebuah Balai Polis.




Pada masa yang sama, Dominic dan Brian terpaksa mengelak daripada ditahan oleh Luke Hobbs, seorang agen persekutuan FBI yang ditugaskan untuk menangkap mereka kerana disyaki terlibat dalam rompakan beberapa kereta mewah dan membunuh tiga ejen persekutuan.

Plot cerita semakin menarik apabila Hobbs mula berkerjasama dengan Dominic setelah Dominic menyelamatkannya sewaltu dia diserang oleh kumpulan Reyes semasa menahan dan membawa Dominic dan Brian dalam kenderaan polis. Pasukan Hobbs semua mati dalam serangan itu. Hobbs mahu menuntut bela atas kematian ahli pasukannya.

Mereka memulakan rancangan untuk merompak peti besi yang menyimpan duit milik Reyes. Mereka memecah masuk ke balai polis dan memecahkan dinding bilik yang menyimpan peti besi tersebut menggunakan kereta mereka. 

Aksi kejar mengejar di sekita Bandar berlaku antara geng Dominic dan pihak polis. Akhirnya Dominic dan kumpulannya berjaya dalam rompakan tersebut yang turut membunuh Reyes dan hidup mewah serta berjaya melepaskan diri daripada Hobbs.

Saksikan filem hebat yang menampilkan barisan pelakon ternama Hollywood seperti Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Tyrisi Gibson dan Jordana Brewster hanya di saluran TV2.



Five Five
Tarikh Tayangan: 1 Mei 2018
Hari: Selasa
Masa: 9.30 Malam
Saluran: TV2 
Arahan:  
Pelakon: Vin Diesel, Dwayne Johnson, Paul Walker, Tyrisi Gibson, Jordana Brewster
,

HBO Asia announced today that Korean actress, Lee Chae-Yeon  will be starring in HBO Asia’s new horror anthology Original drama series, Folklore

Production has also wrapped for the six-part hour-long series that was shot in various locations in Asia including Indonesia, Japan, Malaysia, Thailand and concluded with the Korean-based episode shot in South Korea. The series is scheduled to premiere later this year on HBO Asia’s on-air, online and on-demand platforms.

Developed by HBO Asia and created by award-winning Singaporean film maker, Eric Khoo, all six episodes of Folklore will take place across multiple Asian countries including Indonesia, Japan, Korea, Malaysia, Singapore and Thailand and each episode will be based on each country’s deeply-rooted superstitions and myths. 




Folklore will be filmed in the local language of the country that the episode is based in, with English and local language subtitles (where available).

Helmed by different directors from various countries in Asia, each episode will seek to modernise or update Asian horror, exploring societal dysfunctions in a manner that is specific to the country but possessing themes that will resonate across the continent. 

The six directors involved in Folklore are Joko Anwar from Indonesia, Takumi Saitoh from Japan, Lee Sang-Woo from Korea, Ho Yuhang from Malaysia, Eric Khoo from Singapore and Pen-Ek Ratanaruang  from Thailand.




Lee Chae-Yeon stars as the lead role in the episode based in Korea and directed by Korean director, Lee Sang-Woo. Lee Chae-Yeon’s career started out as a music artist with her hit single, Two Of Us, propelling her to fame in 2005. 


Since then, she has appeared in numerous hit reality television series including Running Man and Roommate. Most recently, she landed supporting roles in popular television series including Please Find Her and Blow Breeze.

Other previously announced actors starring in Folklore include Japanese Actor Kazuki Kitamura  and Malaysian actor, Bront Palarae.

Folklore is produced in partnership with the Info-communications Media Development Authority (IMDA) as part of a two-and-a-half-year collaboration to develop the drama production capabilities of Singapore’s media industry and talent. 

Under this partnership, HBO Asia will work with local talent and companies, and train them to develop and produce compelling content for international audiences.


[KREDIT: HBO]
,

MALAYSIA merupakan antara negara yang kaya dengan budaya dan sejarahnya tersendiri. Terdapat banyak muzium yang dibina untuk mempamerkan artifak-artifak berharga dan juga catatan-catatan sejarah. 

Justeru RTM membawakan sebuah dokumentari baharu bertajuk Jom Muzium sedang bersiaran setiap Rabu, pukul 4.30 petang di TV1.

Dokumentari yang dihoskan oleh Dazrin Kamaruddin ini mengajak penonton menjelajah ke muzium-muzium yang terdapat di Malaysia sambil mengenali dengan lebih dalam lagi tentang sejarah, keunikan bangsa dan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Ikuti pengacara ke Muzium Arkeologi, Lembah Bujang yang terletak di atas Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Ia merupakan satu-satunya muzium di Malaysia yang mempamerkan koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara kurun ke 2 Masihi hingga ke 12 Masihi. 

Artifak Arkeologi membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdagangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang menguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang China dan India.

Episod seterusnya penonton dibawa ke Muzium Padi Gunung Keriang, Kedah Darul Aman yang dibuka dengan rasminya pada 12 Oktober 2004. bangunan muzium ini berbentuk Gemai Padi dan mempunyai sebuah bangunan induk serta enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya. 

Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi. 

Dalam episod ini turut dipaparkan Muzium Pertanian Jasin, Melaka. Muzium ini diwujudkan pada tahun 1989 di Jasin sebab Jasin merupakan daerah pertama di Melaka yang mengeluarkan biji timah dan hasil pertanian serta menjadi perintis penanaman getah di Malaysia. Pameran diorama yang memaparkan penghasilan gula Melaka menjadi tarikan pengunjung ke muzium ini.





Penjelajahan diteruskan ke Muzium Adat Istiadat Melaka yang terletak di Dataran Keris, Alor Gajah. Tujuan utama muzium ini dibina ialah untuk mengenang adat istiadat pelbagai budaya terutamanya adat perkahwinan. 

Turut dikunjungi Muzium Adat Negeri Sembilan yang terletak di Jalan Dato Umbi, Kampung Jelebu Tengah, Kuala Klebang. Muzium ini adalah muzium pertama yang menghimpunkan maklumat pelbagai amalan adat masyarakat di Malaysia.

Singgah pula di Muzium Terowong Masa Cameron Highlands di Brinchang. Muzium ini menghimpunkan koleksi peribadi Encik See Kok Shan yang dibeli daripada individu untuk disimpan. 

Kebanyakan barang-barang yang dipamerkan bernilai vintaj, lama dan menyimpan maklumat sejarah oleh individu yang memiliki barangan asal tersebut. Oleh sebab kebanyakan barangan-barangan lama terdiri daripada barangan harian yang biasa diletakkan dalam rumah, pengunjung seolah-olah berada pada zaman sebelum merdeka.

Saksikan juga paparan mengenai Muzium Orang Asli Melaka dan Muzium Rakyat Melaka. Muzium Orang Asli Melaka menghimpunkan koleksi bahan dan peralatan harian suku kaum asli Senoi, Jah Hut dan Mah Meri.

Manakala Muzium Rakyat Melaka mempamerkan maklumat tentang isu-isu istimewa menarik berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi, politik, pendidikan, sosial, pelancongan, perindustrian serta hubungan kerajaan dengan rakyat.

Kemudian penonton dibawa ke Muzium Dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali dan mempelajari tentang kepentingan ekonomi, perbankan Islam dan perancangan kewangan Bank Negara Malaysia. 

Terdapat pengisian permainan interaktif berasaskan ‘Simpan’, ‘Belanja’ dan ‘Kongsi’, dalam Galeri Kanak-kanak yang merupakan medium pendidikan kewangan yang unik untuk kanak-kanak. 

‘Terowong Sejuta Ringgit’ pula mempamerkan wang kertas dalam pelbagai siri dan denominasi. Galeri Seni di Bank Negara mempamerkan koleksi-koleksi seni dari Malaysia dan Asia Tenggara yang dikumpulkan sejak tahun 1962.

Terus setia berzama Dazrin menjelajah ke beberapa lagi muzium antaranya Muzium Kraf Perbadanan Kemajuan Malaysia, Muzium Tekstil Negara, Muzium 3D Langkawi, Muzium Puppet dan Opera Teochew Pulau Pinang, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Muzium Diraja Kuala Kangsar, Muzium Mainan Pulau Pinang, dan “Ghost Museum”.



Jom Muzium
Episod: 13  
Hari: Rabu 
Masa: 4.30 Petang 
Saluran: TV1 
Terbitan: RTM  
Pengacara: Dazrin Kamarudin
,

SAKSIKAN program hebat sepanjang Mei di saluran Kix HD (Astro 729). Banyak program-program menarik menarik anda di saluran yang sentiasa menjajikan program terbaik ini.


Asian Combat Sports
Setiap Malam Isnin
10.00 Malam

Saksikan perlawanan MMA terbaik di Asia seperti Kunlun Fight MMA, Road FC dan TopKing.


Kunlun Fight MMA 21-24 
Julung Kali di Saluran KIX HD
Kunlun Fight MMA 21-22 
Siaran Perdana: 7 Mei (Isnin) - 10.00 Malam
Kunlun Fight MMA 23-24
Siaran Perdana: 21 Mei (Isnin) - 10.00 Malam

Sukan tinju dan MMA dari China kini semakin mendapat sambutan hangat di seluruh dunia! Semenjak diperkenalkan pada Januari 2014, Kunlun Fight telah menjadi fenomena global dan telah menampilkan petinju-petinju MMA antarabangsa terkenal dalam setiap perlawanannya!


Road FC 047 
Julung Kali di Saluran KIX HD
Ditayangkan 48 dari siaran di Korea
Siaran Perdana: 14 Mei (Isnin) - 10.00 Malam

Sukan MMA kini semakin mendapat sambutan di Korea Selatan, dan ROAD FC adalah salah satu perlawanan utama yang diminati ramai.


TopKing World Series 19
Julung Kali di Saluran KIX HD
Siaran Perdana: 28 Mei (Isnin) - 10.00 Malam

Pertandingan Muay Thai Bertaraf Dunia yang membenarkan peraturan keseluruhan Muay Thai iaitu menggunakan tujahan lutut dan siku.


ACTION MOVIE SATURDAY

Nantikan gandingan Matt Damon dan Jeremy Renner dalam siri filem aksi pengintipan. Mei ini, pastikan anda menonton siri filem The Bourne Special yang penuh dengan aksi lasak, ngeri, hebat dan babak-babak yang mendebarkan.


The Bourne Supremacy
Siaran Perdana: 12 Mei (Sabtu)- 9.00 Malam
Pengarah: Paul Greengrass
Pelakon: Matt Damon, Franka Potente, Joan Allen

Semasa menetap di India, Jason Bourne (Matt Damon) diperangkap oleh ejen Rusia, Kirill (Karl Urban) sebagai dalang utama rompakan wang daripada CIA. Kirill ingin membunuh Bourne, namun tembakannya telah mengorbankan teman wanita Bourne, Marie (Franka Potente). Bourne ingin membalas dendam dengan membuktikan dia tidak bersalah dan membawa dalang utama ke muka pengadilan, tetapi dia juga sedang diburu oleh ketua CIA, Pamela Landry (Joan Allen).


The Bourne Ultimatum 
Siaran Perdana: 19 Mei (Sabtu) - 9.00 Malam
Pengarah: Paul Greengrass
Pelakon: Matt Damon, Edgar Ramírez, Joan Allen

Jason Bourne berjaya melarikan diri daripada pegawai CIA yang kejam dan ejen-ejen mereka yang terlibat dengan program pembunuhan baharu. Di samping itu, dia perlu mencari identiti sebenarnya.


The Bourne Legacy
Siaran Perdana: 26 Mei (Sabtu) - 9.00 Malam
Pengarah: Tony Gilroy
Pelakon: Jeremy Renner, Rachel Weisz, Edward Norton

Tindakan Jason Bourne telah menyebabkan kajian agensi-agensi risikan selama berdekad lamanya dihapuskan. Akibatnya, pencipta program tersebut, Eric Byer (Edward Norton), perlu menyingkirkan salah satu daripada agensi tersebut: Outcome.  Aaron Cross (Jeremy Renner), ejen Outcome dan saintis kajian, Marta Shearing (Rachel Weisz) melarikan diri apabila Byer ingin memecat mereka. Rancangan Byer tidak semudah yang dijangka kerana Cross ternyata sukar untuk ditewaskan.


The Strain S4
Khamis 10.00 Malam
Julung Kali di Saluran KIX HD

Musim ke-4 menyaksikan Night Eternal kembali setelah perang nuklear dan Eph meninggalkan New York untuk ke Philadelphia. Di sana, dia bertemu pejuang lain dan ini menjadikan dia kembali bersemangat untuk kembali bertarung.


The Strain S4
Premieres: 31 May, Thursday at 10.00 Malam
New Episodes: Thursdays at 10P.00 Malam
First & Exclusive
Cast: Corey Stoll, David Bradley, Mia Maestro
Directors: Sheldon Wilson

Musim keempat dan juga musim terakhir menyaksikan sembilan bulan telah berlalu. Dunia sedang melalui kejatuhan dan strigoi semakin berkuasa. Letupan pada penghujung season telah menyebabkan letusan nuklear global. Musim sejuk nuklear menjadikan strigoi lebih berkuasa kerana waktu siang lebih lama. Master berpeluang mewujudkan rejimnya yang tersendiri.

Makhluk bumi yang ketakutan memudahkan lagi Master dan sekutunya menubuhkan “The Partnership.” Hampir kesemua manusia kini berkhidmat untuk strigoi. Mereka tiada pilihan lain lagi, sama ada menuruti arahan atau dibunuh. Untuk selamat, mereka perlu berdepan cabaran getir dan perlu berjuang habis-habisan. Master pula kekal berkuasa dan meneruskan misinya untuk menakhluki dunia.
,

ANDA ingin bercuti ke Thailand? Jom kita lihat antara manisan atau pencuci mulut yang wajib anda rasai ketika di sana. Semua sedap-sedap tau...




1. Khao Neeo Mamuang

Pencuci mulut tradisional Thailand yang diperbuat dengan beras pulut, segar mangga dan santan. Seakan akan pulut manga di Perlis.




2. Luk Chup

Berbentuk seperti pelbagai jenis buah-buahan dan sayuran, seperti cili, ceri, manggis, oren, mangga, dan tembikai, tetapi saiznya kecil. Rasanya manis, berbau harum, dan berwarna-warni. Makna Luk Chup adalah 'indah', biasanya digunakan apabila orang dewasa memberikan gula-gula kepada anak-anak kecil.

Luk Chup diperbuat oleh rebusan kacang hijau, gula dan santan menjadi satu adunan, yang kemudiannya dibentuk menjadi bentuk buah-buahan. Bahan akhir, jeli digunakan untuk melapisi adunan dengan pelbagai warna. 




3. Khanom Krok

Disediakan dengan mencampurkan tepung beras, gula, dan santan untuk membentuk adunan. Terdiri daripada dua bahagian, satu masin dan satu manis, kedua-duanya dimasak dalam kuali panggang yang panas seperti kuih bahulu sehingga masak.





4. Khao Neow Nah Sang Kaya

Selalu di sediakan sebagai menu sarapan pagi. Bahan utamanya adalah pulut hitam. Di atas pulut hitam disiramkan santan kelapa yang kental. Lalu ditambah dengan puding manis yang dibuat dari telur, gula dan susu.Makanan ini diletakkan di atas selembar daun pisang yang dilipat sedemikian rupa.




5. Khanom Pang Wan

Untuk kamu penggemar roti, di Thailand juga menawarkan roti manis dengan topping yang menarik. Roti manis ini sangat popular di Thailand. Berbentuk seperti hotdog atau roti potong. Toppingnya pula boleh di pilih perasa seperti kaya, green tea, coklat, blueberry dan lainnya.




6. Khanom Buang

Juga disebut sebagai crepes Thailand. Ia dibuat daripada tepung beras, tepung kacang hijau, gula dan telur. Semua bahan tersebut dicampur dengan air secukupnya. Adunan ini kemudian di masak di atas pan sehingga masak sehingga kekuningan setelah itu ditambah krim diatasnya. Krim ini dibuat daripada putih telur dan gula halus. Di atas krim ditambah kelapa parut.



7. Itim Kati

Dessert ini cukup popular di Thailand. Ia adalah aiskrim kelapa dengan pelbagai topping di atasnya yang boleh di pilih seperti jagung manis, mangga, kacang panggang, jelly dan kemudian disiram dengan sirup. 
,


ANTARA aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

(Kepada anda di luar sana yang mahu menghebahkan acara-acara yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel:  7klikseven@gmail.com)




[SHOW: DANCEBOX]




[TEATER: KUBUR]





[KONSERT: DUA LIPA]





[SHOWCASE: THURSDAY WITH DAVID @BOBOKL]





[KONSERT: GALA SENTUHAN KASEH OKU OKB]




[SHOW: BACA PUISI ITBM]






[SHOWCASE: #MOF BERSAMA RAKYAT]





[SHOWCASE: MELISSA INDOT @BOBOKL]





[TEATER: HAPPY DAYS THE MUSICAL]





[TEATER: PAK PANDIR SEBUAH MUZIKAL]




[SHOWCASE: RENTAK KL]






[KONSERT: ZIANA ZAIN AND FRIENDS ESCAPADE '18 - 50TH CELEBRATIONS]




[MEET & GREET: SITI NORDIANA]





[KONSERT: 24K MAGIC WORLD TOUR 2018 BRUNO MARS]





[TALK: SEMINAR ANTARABANGSA SEJARAH DAN BUDAYA KELANTAN-PATANI]





[TEATER: MADRAS AN 80'S MUSICAL]