20 Mac 2018

GAMBAR ANAK DATUK SERI SITI NURHALIZA TULAR TIDAK SAMPAI 24 JAM DILAHIRKAN


MESKIPUN Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39, dan suami, Datuk Khaid Muhamad Jiwa, 59, telah meminta sedikit waktu dan ruang sebelum memperkenalkan cahaya mata sulungnya kepada umum, namun semenjak tengah malam tadi ada pihak yang telah menyebarkan gambar yang didakwa sebagai anak penyanyi popular ini.

Tindakan tersebut nyata sangat mengecewakan Siti dan suami kerana pohak yang menularkan gambar tersebut di media sosial seakan tidak menghormati permintaan mereka berdua.

"Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, hari ini.

"Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas," kata Datuk Khalid kepada kepada Berita Harian.

Dalam masa yang sama, Datuk Khalid, turut memberitahu nama Fatimah Az-Zahra yang disebut-sebut sebagai nama anak perempuannya itu sebenarnya hanyalah nama gelaran sebelum mengumumkan nama sebenarnya cahaya matanya itu kelak.

Terdahulu, Siti selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.55kg menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan terkenal ibu kota pada jam 8.17 pagi Isnin.

Tiada ulasan:

Catat Komen