19 Mac 2018

DATUK SERI SITI NURHALIZA SELAMAT BERSALIN ANAK PEREMPUAN


TAHNIAH kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza yang telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, yang juga merupakan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada jam 8.17 pagi tadi.

Bayi comel dengan berata 3.55kg ini dilahirkan menerusi kaedah pembedahan pada Isnin bersempena kelahiran Nabi Muhammad SAW, selain mengambil berkat 1 Rejab yang jatuh pada hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan Siti, kedua-dua ibu dan anak dalam keadaaan yang baik dan sihat walafiat.

Bagaimana pun, penyanyi terkenal ini memohon agar diberikan ruang untuknya berehat dan memberi perhatian kepada bayi yang baru dilahirkan itu.

Dalam masa yang sama, Siti dan suami memberitahu akan berkongsi wajah dan nama puteri sulung mereka kelak dan memohon agar diberikan sedikit masa sebelum tiba waktu tersebut.

Sekali lagi tahniah dari kami di 7KlikDotCom.

Berikut kami kongsikan kenyataan rasmi daripaada pihak pengurusan Siti;

Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. 
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat. 
Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat. 
Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. 
Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab. 
Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu. 
Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. 
-Rozi Abdul Razak, Pengurus

[CREDIT PHOTO: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza]

Tiada ulasan:

Catat Komen