6 Mac 2018

ADA APA DENGAN BERLIAN?


BERLIAN adalah batu yang paling disukai oleh ramai orang terutamanya golongan wanita. Ia juga merupakan simbol cinta dan romantik dan pilihan pertama untuk dijadikan cincin pertunangan atau perkahwinan. 




9 FAKTA MENARIK TENTANG BERLIAN

  • Selain dari warna putih seperti kebiasaan, berlian sebenarnya datang dalam pelbagai warna seperti merah jambu, biru, ungu, merah, oren atau warna lain. Warna-warna ini disebabkan oleh sejumlah kecil kekotoran di dalam batu. Ini sangat berharga dan diberi nama kemewahan' berlian.
  • India menemui berlian pada 2400 tahun lalu, dan merupakan pengeluar komersil pertama. Negara ini menguasai pengeluaran berlian komersil sehingga penemuan Amerika Selatan pada 1730-an. Sebelum abad ke-18, kebanyakan berlian hanya terdapat di India sahaja.


  • Archduke Maximilian dari Austria adalah orang pertama yang melamar dengan cincin berlian. Dia melamar Mary of Burgundy pada tahun 1477 dengan cincin berlapis-lapis dengan kepingan berlian nipis dalam bentuk "M" dengan harapan mendapat kelebihan daripada pelamar yang lain.
  • Berlian terbesar ditemui di Afrika Selatan, dengan berat 3,106.75 karat, sebelum digilap. Ia dinamakan sebagai 'Cullinan Diamond'.

  • Berlian terbesar ditemui di Afrika Selatan, dengan berat 3,106.75 karat, sebelum digilap. Ia dinamakan sebagai 'Cullinan Diamond'.
  • Berlian terbentuk kira-kira 200km di bawah permukaan bumi dan ditolak ke permukaan dalam beberapa saat oleh letusan gunung berapi. Tetapi selalunya, ini memerlukan pekerja untuk mengeluarkan sejumlah besar tanah untuk memperolehinya. 

  • Sebuah syarikat di Switzerland telah mengambil pendekatan menarik untuk memorial orang tersayang yang telah meninggal dunia. mereka boleh membuat seseorang menjadi berlian. Mereka akan memampatkan dan memanaskan abu mayat untuk menjadikannya berlian buatan manusia yang boleh dipakai dan dihargai.
  • Lumbang kesan pencarian berlian di Mir Serbia, Rusia begitu besar sehingga ia menghasilkan arus udara yang cukup kuat untuk menarik helikopter ke dalamnya.


  • Batu kelahiran dikaitkan dengan setiap bulan kelahiran. Bagi yang lahir pada bulan April mereka di anggap bertuah kerana baru kelahiran mereka adalah berlian.
  • Amerika Syarikat hanya mempunyai satu lombong berlian yang beroperasi, dan ia berada di taman negara di mana pelancong boleh melombong berlian dan menyimpan apa yang mereka cari.

Tiada ulasan:

Catat Komen