Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Trivia] Datuk Syafinaz Selamat gigih kongsi ilmu seni vokal


RATU Soprano, itulah gelaran yang sering dikaitkan dengan Datuk Syafinaz Selamat yang sememangnya mempunyai vokal yang cukup unik dan hebat. 

  • Syafinaz Selamat lahir pada 11 Januari, dan berasal dari Batu Pahat, Johor.
  • Tidak pernah mempunyai sebarang akaun media sosial baik di Instagram, Facebook, mahupun Twitter dari dulu sehinggalah sekarang.
  • Pernah berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan dengan  mengacarakan beberapa program seperti Anugerah Planet Muzik (APM), Prelude Kemuncak AIM 14 (2007), program bual bicara Irama dan Lagu dan lain-lain.

  • Syafinaz sebelum ini pernah tampil dengan tiga buah album iaitu Syafinaz (1989), Syafinaz... Ingin Bersamamu (1999) dan Syhh... Syafinaz (2001). 
  • Ketika perasmian dan penutupan Sukan SEA 2001, Syafinaz diundang membuat persembahan solo diiringi gabungan ahli koir dari seluruh negara seramai 2,000 peserta.
  • Selain bergelar penyanyi profesional, Syafinaz juga merupakan seorang pensyarah vokal dan pensyarah muzik sambilan di UiTM serta ASWARA selama lebih 12 tahun.


  • Seringkali dipilih untuk menjadi juri profesional bagi pelbagai program realiti TV pencarian bakat dalam bidang nyanyian seperti One In A Million, Mentor, Akademi Fantasia,  The Band, AF Megastar dan yang terbaru, Bintang RTM 2018.
  • Mencipta kejayaan manis apabila meraih Pingat Emas dalam kategori R&B, Pop, Rock Kontemporari di World Championships of Performing Arts, di Los Angeles (1999).
  • Merupakan orang kuat dan tulang belakang Kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia dan Koir Permata Seni Malaysia di mana Syafinaz turut bertindak sebagai Pengarah Vokal dan Persembahan. 


  • Pernah terlibat dalam dunia lakonan pentas menerusi  teater Muzikal Rubiah yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya. 
  • Pernah dipilih untuk menyanyikan peranan solo soprano dalam Carl Orff's ‘Carmina Burana’ bersama 100 ahli koir dengan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia di bawah pimpinan Roland Peelman. 
  • Menerima penganugerahan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) daripada DYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agung, sempena sambutan Hari Wilayah, 1 Februari lalu.


Post a Comment

0 Comments