10 Feb 2018

NADIA AQILAH, KEMBALI SENYUM


PERCAYAKAH anda dengan cinta internet? Tidak dinafikan perkenalan melalui internet bukanlah kedengaran janggal lagi dalam kalangan masyarakat masa kini. 

Ada yang beranggapan cinta internet ini tidak mungkin berkekalan lama atau perlu berdepan risiko ditipu. Namun realitinya ada juga berjaya dalam perhubungan yang bermula di laman sesawang ini. Bergantung kepada niat dan kekuatan jodoh seseorang.

Cuba mengetengahkan topik tersebut dalam sisi positifnya, RTM menampilkan telemovie menarik bertajuk “Kembali Senyum” yang bakal menemui penonton pada 11 Februari ini, pukul 10.05 pagi di TV1.

Menariknya telemovie karya pengarah yang tidak asing lagi, Shahrul Ezad Mohameddin ini menampilkan gandingan mantap pelakon seperti Najua P. Ramlee, Nadia Aqilah, Anas Ridzuan dan Erwin Shah Dawson.

Kisahnya berlegar dengan watak utama Budin dan Ezad adalah kawan baik yang duduk di pangsapuri yang sama. Begitu juga Mona dan Nadia. Budin dan Mona kerja setempat. Budin risau memikirkan soal jodohnya kerana dia dapat merasakan dirinya tidak tampan. Situasi itu membuatkan dia cemburu melihat pasangan lain yang sedang bercinta. 

Sejak itu Budin mencari cinta melalui sebuah sesawang untuk mencari teman wanita. Budin mengunakan nama samaran sebagai Teruna Desa. Pada masa sama Mona, yang berbadan gempal, juga cuba mencari cinta dengan cara yang sama dengan nama samara Gadis Sepi. 

Setelah mengenal melalui sesawang, Teruna Desa minta gambar Gadis Sepi. Gadis Sepi yang rasa dirinya tidak cantik kirim gambar kawannya, Nadia yang comel. Budin membalas dengan mengirim gambar Ezad. 

Apabila tiba masa untuk bersemuka Budin minta Ezad berjumpa dengan Gadis Sepi manakala Mona minta Nadia untuk berjumpa dengan Teruna Desa. Apabila Nadia dan Ezad berjumpa mereka jatuh cinta. 

Budin dan Mona pula cemburu melihat Nadia dan Ezad bercinta. Namun Mona dan Budin rasa salah kerana menipu identiti mereka. Maka mereka ingin memperbetulkan keadaan. 

Akhirnya Budin dan Mona dapat tahu identiti Gadis Sepi dan Teruna Desa dan memohon maaf satu sama lain. Usaha mereka untuk mencari teman tidak kesampaian. Sebaliknya Nadia dan Ezad meneruskan cinta mereka.


Telemovie Kembali Senyum
Tarikh Siaran: 10 Februari 2018
Hari: Sabtu
Masa: 10.05 Malam 
Saluran: TV1
Arahan: Shahrul Ezad Mohameddin
Pelakon: Najua P. Ramlee, Nadia Aqilah, Anas Ridzuan dan Erwin Shah Dawson

Tiada ulasan:

Catat Ulasan