17 Feb 2018

PUTUS TUNANG, IBU SAHKAN HUBUNGAN ELFIRA, SUFIAN BERAKHIR


AKHIRNYA terjawab segala teka-teki dan spekulasi berkenaan status pertunangan antara pelakon Elfira Loy dan Sufian Suhaimi.

Hari ini, ibu Elfira iaitu Filzah Yusof, 52, mengesahkan hubungan pasangan ini telah berakhir di mana tali pertunangan mereka telah pun putus.

Keluarga Elfira dalam masa terdekat akan bertemu dengan keluarga Sufian untuk memulangkan cincin pertunangan dan menyelesaikan urusan tersebut mengikut adat yang sepatutnya.

Bagaimanapun, tuan punya badan, Elfira dan Sufian masih belum bersedia memberikan sebarang kenyataan berkenaan perkata tersebut.




Difahamkan Elfira kini sedang berada di New York, Amerika Syarikat, manakala Sufian pula gagal dihubungi pihak media sehingga ke saat ini.

Semoga pasangan ini tabak berdepan ujian yang diberikan. Insya-ALLAH ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Kenyatannya, kita hanya merancang, namun Allah juga yang menentukan segalanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan