28 Jan 2018

TRAVELOG EKOLIBUR, KONGSI LOKASI MENARIK DI DUNIA


MENEROKA keindahan alam semulajadi di seluruh negara di mana kebanyakan tempat masih belum tular di kalangan pengunjung, RTM mengajak orang ramai menonton travelog terbaharu bertajuk Ekolibur yang mula bersiaran pada 28 Januari ini, setiap Ahad, pukul 6.00 petang menerusi saluran TV1. 

Dikendalikan oleh Taufiq Hanafi, program setengah jam ini membawa penonton menjelajah dan menikmati keindahan tempat yang mempunyai sejarah tersendiri malah ada juga yang sebelum ini jarang dilawati orang ramai. 

Antaranya hos yang dibantu oleh Farouq Hj Omar ke Kuala Gandah, Pahang iaitu pusat konservasi gajah dimana gajah gajah dilindungi dan dipelihara dan melawat Kenong iaitu sebuah taman rimba yang tertua di dunia, ke pusat peranginan di Bentong Pahang yang bernama Tanah Aina dan melawat pusat peranginan Laketown di Perak. 

Ketahui dengan lebih lanjut lagi pengisian kunjungan mereka di Kuala Gandah, Pahang dimana di situ ada 26 ekor gajah yang dipelihara dan dilatih supaya kekal sihat dan terlatih. Ada juga gajah yang diselamatkan kerana telah terkena jerat. 

Mereka kemudian mandikan gajah di sungai. Setelah petang mereka pun bergerak ke ladang durian untuk menginap. Pada sebelah pagi mereka dibawa oleh pengurus, En Kam melawat ladang durian. Kemudian mereka melawat Deerland dimana rusa dibela di situ oleh En Abdullah. 




Perkongsian menarik pastinya kunjungan Taufiq Hanafi bersama pembantunya Farouq Hj Omar membawa penonton melawat Kenong iaitu sebuah taman rimba yang tertua di dunia. Ia diambil sempena nama sungai Kenong yang mengalir sepanjang taman rimba itu. 

Taman Rimba Kenong diuruskan oleh Jabatan Perhutanan yang membina pusat penginapan dan chalet bagi kemudahan pengunjung pengunjung. Mereka mulakan lawatan ke Gua Lukisan yang baru dikesan oleh pengunjung. 

Seterusnya penonton dibawa ke pusat peranginan di Bentong Pahang yang bernama Tanah Aina. Disitu mereka dilayan dengan mesra kerana bagi mempromosikan pusat peranginan ini kepada masyarakat yang masih tidak mengenali tempat ini. Mereka di jamu makanan lazat serta buah durian jenis terbaik. Setelah puas menikmati keseronokan disitu mereka pun pulang.

Episod berikutnya Taufik Hanafi selaku hos program 13 episod ini melawat pusat peranginan Laketown di Perak. Bukit merah Laketown terletak 1.2 kilometer dari Plaza Tol Bukit Merah. Terdapat pelbagai permainan untuk pengunjung di samping bilik-bilik yang cantik. Tarikan utama disitu adalah Wet Bubble dan menempatkan 172 bilik penginapan untuk kemudahan pengunjung.



Ekolibur
Episod: 13
Hari: Isnin
Masa: 6.00 Petang
Saluran: TV1 
Pengacara: Taufiq Hanafi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan