21 Jan 2018

KENALI 5 SYARIKAT PENERBANGAN TERBAIK DI ASIA


LAMAN web pengguna penerbangan, Skytrax, baru-baru ini telah mengeluarkan senarai syarikat penerbangan terbaik di dunia bagi tahun 2017.

Ranking Skytrax dibuat berdasarkan tanggapan 19.87 juta pelancong dari 105 negara yang berbeza. Kaji selidik yang melibatkan lebih daripada 325 syarikat penerbangan ini, menilai prosedur bermula sebelum pelepasan, kemudahan untuk penumpangsehinggalah kualiti perkhidmatan.


Jom kita tengok 5 syarikat penerbangan yang paling tip-top di Asia.



5. Cathay Pacific Airways

Cathay Pacific berpusat di Hong Kong ini masih mengekalkan kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat penerbangan paling dihormati dari negara Rim Pasifik. 

Dengan pesawat jet Boeing 777-300ER jarak jauh dan strategi perniagaan yang berpusat kepada tawaran penerbangan berkelajuan tinggi, Cathay merupakan salah satu pengalaman penerbangan terbaik di Asia. 

Pengulas Skytrax memberikan markah yang tinggi untuk keselesaan kerusi, kualiti perkhidmatan dan hiburan dalam penerbangan.



4. Emirates

Emirates yang berpangkalan di Dubai telah berkembang menjadi salah satu pengangkutan jarak jauh utama dunia. 
Beroperasi secara eksklusif di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, syarikat penerbangan itu menawarkan pesawat terbesar di dunia, superjumbo Airbus A380 dan jet lebar Boeing 777. 

Sistem hiburan dalam penerbangan Emirates termasuk pelbagai pilihan video dan muzik, TV dan acara sukan secara langsung memang memenuhi kehendak penumpang. 
Emirates telah membawa pulang penghargaan Skytrax untuk Hiburan Terbaik Dalam Penerbangan selama 13 tahun.




3. All Nippon Airways (ANA)

ANA terus maju ke arah kedudukan teratas. ANA adalah syarikat penerbangan antarabangsa terbesar di Jepun dan 'rumah' kepada salah satu pesawat Boeing 787 Dreamliners terbesar di dunia. 

ANA mendapat pujian yang tinggi dari pengulas Skytrax untuk kebersihan, perkhidmatan dan keselamatan.

Kebanyakan pesawatnya mempunyai ciri-ciri tempat duduk yang memberikan privasi keseluruhan, termasuk saluran USB walaupun dalam kelas ekonomi.



2. Singapore Airlines

Wow.. Singapore Airlines menduduki tangga kedua, dengan prestasi perkhidmatan terbaik serta layanan  para atendan penerbangan terlatih untuk melayan dan menghormati pelanggan sebaik mungkin. 

TV peribadi dengan banyak pilihan hiburan dan tuala panas yang diberikan sebelum berlepas antara beberapa faedah kelas ekonomi. 

Berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Syarikat penerbangan ini juga membawa pulang anugerah untuk Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia, Kerusi Penerbangan Kelas Perniagaan Terbaik dan Katering Ekonomi Premium Terbaik.



1. Qatar Airways
Selepas jatuh ke tempat kedua tahun lepas, Qatar Airways kembali di tempat teratas untuk 2017.

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Doha itu menerima pujian daripada pengulas untuk keselesaan kerusi dan hiburan dalam penerbangan kedua terbaik. 

Syarikat penerbangan itu menghubungkan lebih 150 destinasi di seluruh dunia.

Qatar juga memenangi anugerah untuk Penerbangan Terbaik di Timur Tengah, Kelas Perniagaan Terbaik Dunia dan Lounge Penerbangan Kelas Pertama Terbaik. 

Terbaiklahhhhh... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan