Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Era Sarawak, sepenuhnya kandungan lokal


BILA sebut jenama ERA, jangan sebut FM, kami drop FM dan telah bertukar logo! Baru-baru ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan sebuah berita tergempar, di mana kesemua jenama di bawah naungan Astro Radio tidak lagi menggunakan FM. Jenama ERA juga kini sudah berwajah baru dengan memperkenalkan logo baharu yang lebih ‘catchy’ dan segar.  

ERA Sarawak turut melaksanakan pembaharuan dengan menyentempatkan kandungan lokal  sepenuhnya yang 100 peratus pengisian lokal. Selain itu, ERA Sarawak turut memperkenalkan beberapa barisan penyampai baharu yang licik dan lebih bertenaga!




Mandat teraju utama diberikan kepada penyampai lokal dengan Pagi ERA Sarawak serba baharu.

Jenama radio No.1 di Sarawak yang  sangat berpengaruh serta menjadi penyumbang utama kandungan-kandungan menarik yang menepati kehendak di radio & media sosial.

Jangan pakai FM! Bermula 2 Januari lalu, jenama ERA Sarawak tidak lagi menggunakan FM sebagai sebutan jenama, kerana ingin lebih fokus melebarkan sayap dan jenama menerusi platform media sosial.




Pengurus Besar Astro Radio  Sabah & Sarawak, Hafizuddin  Nizamuddin berkata;

“Selaras dengan usaha Astro Radio untuk mengukuhkan kedudukan ERA sebagai jenama nombor satu pilihan pendengar di  Malaysia, ERA telah memperluaskan capaian gelombang jenama ini dengan menyajikan sepenuhnya kandungan tempatan yang menarik.  
Bukan itu sahaja, malah ERA Sarawak turut memperkenalkan barisan penyampai ERA Sarawak terkini yang sememangnya bertenaga dan lincah khas buat peminat ERA seperti Afick, Fir Affandi, Chopie, Elya, Ezri, Napio & Jonathan Ding. Oleh kerana karakter mereka yang nakal, cergas, unik serta penuh  bertenaga,  mandat diberikan kepada Afick & Fir untuk menerajui “Pagi ERA Sarawak” yang serba baharu.  
Keserasian Afick dan Fir bakal menyuntik pengalaman baharu buat peminat dengan susunan kandungan yang padat serta menghiburkan. Diharapkan agar kehadiran Afick and Fir dapat mencuit hati dan menggembirakan pendengar ERA setiap pagi. 
Seiring dengan perederan semasa, jenama ERA Sarawak  kini lebih memperluaskan gaya komunikasinya untuk lebih dekat di hati peminat dengan menyajikan pelbagai kandungan menarik melalui platform sosial media seperti Facebook, Instagram, Whats App, Twitter  dan sebagainya.  
Kami akan terus menjadi peneraju utama jenama radio No.1 di Sarawak yang memegang status sebagai penyumbang yang sangat berpengaruh memberikan kandungan-kandungan menarik di pelbagai rangkaian media sosial. ”



PENAJA

Digi, selaku penaja utama bagi segmen pagi,  Pagi ERA Sarawak sepanjang tahun 2018. Digi telah bersama jenama ERA untuk sekian lama. Kali ini sekali lagi Digi selaku penaja utama sepenuhnya segmen Pagi ERA Sarawak turut merasa teruja dengan pembaharuan di ERA Sarawak. Ini merupakan berita baik untuk Digi memperluaskan rangkaian dan mendekatkan Digi dengan pengguna menerusi Pagi ERA Sarawak.

Post a Comment

0 Comments