Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tahukah anda: 10 penerbangan terbaik di dunia


AIR New Zealand mengekalkan prestasi selama lima tahun terturut-turut sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia. Ia diberikan  kerana pencapaian kewangan mereka yang cemerlang, inovasi dalam penerbangan, persekitaran kepimpinan, kru yang muda dan motivasi pekerjanya.

Untuk memilih penerbangan terbaik di dunia, laman ulasan keselamatan penerbangan dan produk AirlineRatings.com membariskan lapan editor veteran untuk membuat penilaian. Mereka menggariskan 13 kriteria yang dikatakan sebagai asas utama setiap penerbangan.

Kriteria itu termasuklah penilaian produk, keselamatan, ulasan penumpang, usia penerbangan, keuntungan, kelas penerbangan yang disediakan, pencapaian dalam laporan persekitaran, isu pekerja, kemalangan, ciri inovasi dan harus berada dalam 50 senarai penerbangan teratas.






Berdasarkan kriteria itu, pasukan editorial telah memilih 10 penerbangan terbaik di dunia.

1. Air New Zealand

2. Qantas

3. Singapore Airlines

4. Virgin Australia

5. Virgin Atlantic Airways.

6. Etihad Airways

7. All Nippon Airways (ANA)

8. Korean Air

9. Cathay Pacific

10. Japan Airlines

Post a Comment

0 Comments