18 Nov 2017

IZARA, KINI SAH BERGELAR ISTERI ADIB


TAHNIAH dan selamat pengantin baru kepada pelakon Izara Aishah, 25, yang kini selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga merupakan anak tiri kepada penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Hanya dengan sekali lafaz, Izara selamat bergelar isteri kepada Adib yang telah dikenalinya tiga tahun lalu.

Seusai akad, Adib menyerahkan mas kahwin berjumlah RM700 berserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dari pihak Izara. Wang hantaran bagaimanapun tidak dirahsiakan jumlahnya.




Majlis penuh harmoni yang berlangsung di Mercu Mustapa Kamal, Damansara Perdana ini turut disaksikan lebih 500 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat pasangan pengantin.

Izara yang kelihatan anggun menyarung busana rekaan pereka terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim ini dengan tatarias wajah oleh Khir Khalid ini  meluahkan rasa syukurnya apabila kini sah bergelar isteri Adib dan mengharpakan agar jodohnya berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Difahamkan majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung di sebuh hotel terkemuka di ibu kota pada Ahad ini.

Semoga dipermudahkan segalanya. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan