Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TABUNG DANA ASTRO - KRISHEN JIT: 5 GERAN UNTUK PENGGIAT SENI MALAYSIA


SEBAHAGIAN daripada komitmen berterusan bagi menyokong seni landskap Malaysia, Astro dengan kerjasama Five Arts Centre telah menganugerahkan geran yang bernilai RM 34,000 kepada  lima penggiat seni Malaysia melalui Tabung Dana- Krishen Jit Astro. 

Diilhamkan oleh teater legenda Allahyarham Dato’ Krishen Jit, dana yang terkumpul selama beberapa tahun lalu telah diberikan kepada 49 penggiat seni tempatan dengan jumlah pengeluaran kini mencecah RM 361,000. 

Sebanyak 5 geran telah dianugerahkan kepada para penggiat seni tempatan seperti Agnes Le Agama, Anrie Too dan  Kelvin Wong, Christine May Yong, Lim Pei Ern, dan Ridhwan Saidi. 

Tahun ini, peruntukan sebanyak RM34,000 diagihkan kepada penerima geran antara RM2,000 hingga RM20,000 untuk menjayakan bermacam-macam bengkel latihan. 

Tan Sri Datuk Norliza Rofli, Pengarah di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang juga panel pemilihan dana ini berkata, 

“Kita dapat lihat dana ini ini dilabur secara terus kepada seni landskap Malaysia yang kini semakin berkembang aktif dan maju kerana dapat bekerjasama dengan penggiat seni Malaysia yang telah membawa karya-karya kreatif yang segar untuk dipaparkan dikaca TV mahupun secara langsung. 
Kami teruja kerana pihak Astro sendiri melaksanakan sebuah komitmen sebegini untuk terus menyokong industri kesenian Malaysia.” 

Sementara itu, Lim Pei Ern yang menerima RM8,000 berkata, 
"Saya sangat gembira kerana dipilih sebagai salah seorang penerima. Tabung Dana - Krishen Jit ini menunjukkan sokongannya terhadap projek Nyanyian Bumi. 
Ini adalah projek kolektif  bersama para penari serantau, melibatkan saya sendiri yang mewakili Malaysia, Aco Ridwan (Indonesia), dan Atsushi Heki (Jepun) yang berkongsi perbezaan dalam latar belakang dan budaya, menyiapkan beberapa  konsep dalam tiga dimensi yang berbeza. 
Projek ini dapat menyaksikan persamaan dalam tradisi yang dipraktikkan melalui lagu, tarian, ritual, dan sebagainya serta melakar inspirasi lagu-lagu tradisional Sulawesi Selatan. "

Tabung Dana Astro- Krishen Jit ini  akan digunakan untuk pelbagai jenis latihan termasuklah khusus latihan, latihan amali, produksi eksperimen, penulisan, atau mewujudkan persekiraran baharu  dalam bidang muzik, tarian, teater, penulisan, kraf, seni visual atau prestasi yang membantu penerima geran untuk mencapai cita-cita mereka dalam bidang kesenian. 

Inisiatif ini berhasrat untuk mengekalkan semangat kreatif Krishen Jit yang hidupnya bersuluhkan kesenian terutamanya kepada generasi kini. 

Senarai ahli panel pemilihan untuk Tabung Dana Astro- Krishen Jit 2017: 

• Tan Sri Datuk Norliza Rofli, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
• Jolyn Gasper, Penolong Naib Presiden Kanan, Tanggungjawab Korporat, Hal Ehwal Masyarakat, Astro.
• Leow Puay Tin, Penyelidik dan penulis skrip,  Universiti Sunway.
• Ravi Navaratnam, Wakil dari Five Arts Centre.
• Mac Chan, Wakil dari Five Arts Centre.

Tahun ini, Tabung Dana Astro- Krishen Jit telah menerima sebanyak 45 permohonan untuk projek-projek dalam tarian, teater, filem, video, penerbitan, seni visual, muzik, animasi, pendidikan, latihan dan kerja yang penuh berdisiplin. 

Post a Comment

0 Comments