Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MAWAR RASHID, RAF YAACOB SELAMAT DIIJABKABUL


TAHNIAH dan selamat pengantin baru kepada pelakon Mawar Rashid, 22, dan pasangannya, Raden Ahmad Faizal Yaacob (RAF), 32, yang baru sahaja selamat bergelar pasangan suami isteri kira-kira jam 3.20 petang di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, menerima mas kahwin berjumlah RM900, sementara wang hantaran pula dirahsiakan jumlah atas permintaan pihak pengantin.

Dalam majlis ijabkabul yang berlangsung meriah dengan disaksikan keluarga  dan sahabat handai ini, pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran, berbalas sembilan daripada pihak perempuan.

Tampil unik dengan majlis bertemakan Jawa itu, pasangan pengantin tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira mereka apabila kini disatukan sebagai pasangan suami isteri setelah mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu.

Selamat melayari alam rumah tangga dan semoga  berbahagia hingga ke akhir hayat. 

Post a Comment

0 Comments