14 Okt 2017

ZEHRA ZAMBRI SELAMAT BERGELAR ISTERI


SELAMAT pengantin baru buat penyanyi Zehra Zamri, 30, dan pasangannya, Wan Muhammad Nurhariz Hariri Datuk Wan Mohd Effendi, 28, yang telah selamat diijabkabulkan kira-kira 10.30 pagi tadi di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Angkatan Tentera Malaysia.

Hanya dengan sekali lafaz, Zehra yang dinikahkan sendiri oleh bapanya, Zambri Ahmad selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya.




Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1000 beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dari pihak perempuan. Sementara wang pula tidak didedahkan untuk pengetahuan umum.

Majlis sederhana yang berlangsung dalam suasana harmoni ini dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan baik kedua belah pihak pengantin.



Usai majlis pernikahan di sebalah pagi, pasangan pengantin baru ini diraikan pula dalam majlis resepsi yang berlangsung pada sebelah malamnya di lokasi yang sama. Sementara majlis sambut menantu pula akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 18 Oktober ini.

Selamat menempuh alam perkahwinan dan semoga pasangan ini berbahagia hingga ke Jannah.. amin. 


[KREDIT FOTO: IG @zehrazambri]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan