18 Okt 2017

‘DUNIA LAIN’ DI PULAU SOCOTRA


PULAU Socotra terletak lebih kurang 240 km dari Somalia dan 380 km dari Yemen. Pulau ini terdapat 700 flora spesies flora dan fauna paling jarang ditemui di dunia yang dianggarkan mencapai usia 20 juta tahun. Pulau ini mempunyai batuan sangat  keras, panas dan kering. 

Terdapat banyak pantai dan gua, bahkan salah satu gua di sini mencapai 7 km panjang. Sebenarnya, Pulau Socotra adalah sebuah kepulauan yang dibentuk oleh empat pulau, berhampiran Teluk Aden. Ia sangat terpencil, mempunyai iklim yang panas, dan kering, serta ia menjadi sebahagian daripada Afrika enam juta tahun yang lalu. 




























Satu pertiga daripada 700 tumbuhan di Pulau Socotra tidak tumbuh di mana-mana tempat lain di dunia. Salah satu pokok yang paling menakjubkan di pulau ini ialah 'Pokok Darah Naga' (Dracaena Cinnabar) yang merupakan pokok berbentuk payung yang pelik. Pada masa ini, resin atau getahnya digunakan oleh penduduk tempatan dalam pembuatan cat dan varnis. 

Satu lagi tumbuhan yang aneh di sini ialah 'Desert Rose Tree (Adenium obesium), yang kelihatan mempunyai beberapa bentuk menarik yang cuba menembusi tanah berbatu. Ia juga menghasilkan bunga merah jambu yang indah pada bulan April. Boleh mencapai ketinggian 5 meter dan diameter 3 meter. 



Satu-satunya mamalia yang terdapat di sini adalah kelawar. Di pulau ini juga terdapat anjing dan kucing, tetapi mempunya saiz yang jauh lebih besar daripada kebiasaan sehingga mencapai sehingga berat 27 paun. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan