5 Okt 2017

KALI INI PEREMPUAN, DATUK FAZLEY TIMANG CAHAYA MATA KEEMPAT


TAHNIAH kepada penyanyi Datuk Fazley Yaacob yang baru sahaja menimbang anak keempatnya bersama isteri, Azrene Ahmad.

Menerusi perkongsian foto dan status yang dilakukan di akaun Instagram miliknya petang tadi, Fazley meluahkan rasa gembira dan syukurnya apabila kali ini menerima kelahiran bayi perempuan setelah mempunyai tiga anak lelaki sebelum ini.


"Alhamdulillah, anak ke-4 saya, seorang Piteri akhirnya. Syukur syukur syukur! Terima kasih semua yang mendoakan! Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar.."



Menerusi perkahwinannya dengan Azrene Ahmad lebih 10 tahun lalu, Fazley  dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah (Payish), 9, Ahmad Fieradz Shah (Piyash), 8 dan Ahmad Firudz Shah (Piyush), 6.

Semoga sang puteri bakal menjadi pelengkap kepada keluarga bahagia ini dan membesar menjadi anak yang pintar dan solehah. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan