Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Datuk Dr. Maznah Hamid meninggal dunia



PENGERUSI Eksekutif Kumpulan Securiforce, Datuk Dr. Maznah Hamid, 62, dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung  pada jam 6 petang tadi.

Allahyarham yang cukup dikenali dengan gelaran wanita waja atau Iron lady ini menghembuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Sebelum itu, Allahyarham telah menjalani satu pembedahan jantung Jumaat lalu dan dilaporkan stabil selepas itu.

Menurut sumber, jenazah akan dibawa pulang pada malam ini di kediamannya di Ukay Height. Sementara solat jenazah pula akan dilakukan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Dr Ismail sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Taman Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments