Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Peserta Clever Girl Malaysia, Kiera tarik diri


DALAM kerancakan program realiti Clever Girl Malaysia mencari peserta terbaik untuk dinobatkan sebagai juara, salah seorang daripada peserta favourite, Kiera atau nama penuhnya Noor Syakirah Mohd Azam yang mewakili Pulau Pinang tiba-tiba menarik diri.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak TV3, penarikan diri Kiera berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Malah selepas perbincangan antara pihak stesen TV3, produksi dan Kiera, keputusan tersebut telah dipersetujui dan mula berkuatkuasa pada 21 September 2017 lalu.

Pihak TV3 bagaimanapun menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Kiera dan bermula Jumaat lalu iaitu minggu ketujuh, Kiera tidak akan lagi bersaing dalam program ini yang hanya tinggal enam peserta sahaja. 


Justeru, episod terkini Clever Girl Malasyai bakal menyaksikan persaingan antara enam peserta yang masih kekal.

Program  terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd untuk TV3 ini bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam hingga 10.00 malam dengan menampilkan Alif Satar sebagai pengacara. 

Post a Comment

0 Comments