Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Erra Fazira doakan kebahagiaan Emran-Bella


PELAKON Erra Fazira buat pertama kalinya memuat naik gambarnya bersama, Laudya Cynthia Bella, yang kini sah bergelar isteri kepada Engku Emran yang juga bekas suaminya.

Gambar tersebut disertakan dengan sebuah kapsyen yang cukup manis dengan diiringi doa kepada pasangan penganti tersebuat agar berkekalan jodoh dan segera mendapat cahaya mata.

"Alhamdulillah.. Tahniah!! Buat ayah kepada Aleesya @iamkumbre dan @laudyacynthiabella di atas penyatuan cinta kalian. Moga berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah. Penyantuan ini juga diharapkan dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Malaysia dan Indonesia. Kita bersaudara dalam kejauhan, kita saling mendoakan dan pupuk kasih sayang. Moga harmoni dan damai bersama. Amin. 
"Anakandaku, kini bertambah ahli keluarga Aleesya, maka bertambahkah hendaknya kasih sayang dan perhatian buatmu sayang. Moga menjadi anak yang solehah dan punya jati diri yang disenangi dan disayangi sentiasa. Mom will always support and pray for ypur happiness duniA dan akhirat. Love you so much my love!!! 
"Kepada pasangan EE dan Bella, moga kalian segera dikurniakan cahaya maya yang soleh dan solehah lagi comel! Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik. Kalian sentiasa dalam doaku. Congratulation again!!! Muahh..

Posting Erra ini mendapat perhatian ramai peminat kedua-dua pelakon ini sehingga ramai yang berkongsi menerusi repost yang dibuat di laman instagram.

Apa yang penting Erra sangat sweet dan sporting malah memberikan doa restu secara terbuka buat pasangan ini memulakan fasa terbaru kehidupan mereka. 

Post a Comment

0 Comments