Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Di sebalik tabir filem Kanang Anak Langkau


SEMPENA tayangan filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 16 Mac 2017 ini, kami kongsikan pengalaman belakang tabir para pelakon filem ini.



Ruzana Ibrahim @ Senah (Ketua Komunis)

  • Merupakan salah seorang daripada dua pelakon wanita yang menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Ipoh selama seminggu sebelum turun ke set penggambaran sebenar.
  • Tinggal dan menginap di kem di dalam hutan Alaga, Perak sepanjang hampir sebulan lebih proses penggambaran hanya berbekalkan kemudahan asas.
  • Melakukan aksi stunt sendiri termasuk aksi-aksi spontan yang tidak dirancang dalam usaha memberikan lakonan terbaik.
  • Menggalas senapang sebenar (berat) dari muzium artifak yang pernah digunakan pihak komunis.
  • Tidak menggunakan sebarang mekap sepanjang menjayakan watak sebagai Senah.
  • Belajar bercakap bahasa Mandarin di set penggambaran secara spontan dalam masa yang cukup terhad.
  • Sering disangka pelakon Cina kerana wajah yag dimilikinya.



Jay Iswazir @ Ranjer Abdullah Chik (Askar)

  • Lari daripada watak antagonis yang terlalu sinonim dengannya sebelum ini.
  • Menjalani latihan ketenteraan di KemTentera Ipoh selama seminggu sebelum turun ke set penggambaran sebenar.
  • Melakukan banyak babak aksi sepanjang berada di hutan.
  • Pengalaman pertama bekerjasama dengan pengarah Bade Hj Azmi.
  • Pertama kali menjayakan watak sebagai askar.



Livonia Ricky @ Isteri Kanang 

  • Menjayakan watak yang lebih matang daripada usianya yang sebenar sebagai isteri Kanang.
  • Berpeluang berjumpa dengan isteri dan anak-anak Kanang yang sebenar untuk mendalami watak.
  • Babak yang paling mencabar adalah ketika melariakn diri daripada komunis di tengah orang ramai sambil mendokong anak-anak.
  • Belajar menggunakan bahasa Iban walaupun dia sebenarnya merupakan orang Bidayuh. 
  • Turut menjalani menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Ipoh bersama pelakon-pelakon lain biarpun tidak terlibat dalam babak pertempuran.



Taufiq Hanafi @ Mat Disman (Askar)

  • Merupakan filem pertama lakonannya, sebelum dikenali menerusi filem Ola Bola.
  • Menjalani latihan ketenteraan di Kem Tentera Ipoh selama seminggu sebelum turun ke set penggambaran sebenar.
  • Mengalami kecederaan di bahagian mata akibat terkena belerang ketika menjalani penggambaran untuk satu bebak pertempuran.
  • Merupakan anak kepada seorang bekas tentera yang turut terlibat di sebalik pembikinan filem ini.
  • Melakukan aksi stunt sendiri dan terlibat dalam kesemua babak pertempuran filem ini.

Post a Comment

0 Comments