Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Akim, Stacy timang anak perempuan


PENYANYI Stacy Anam yang juga merupakan isteri kepada Akim Ahmad selamat melahirkan cahaya mata pertama yang merupakan seorang bayi perempuan, pada 5.17 petang semalam.

Akim petang tadi telah berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya dengan memuatkan foto pertama bayi comel tersebut tanpa mendedahkan wajahnya.

"17..02.17 jam 17.17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami. Syukur semuanya baik-baik sahaja, terima kasih di atas doa anda semua,"

Tahniah buat Akim dan Stacy, semoga kehadiran cahaya mata ini menjadi penyeri dan memberi kebahagiaan dunia dan akhirat.  - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments