19 Feb 2017

AKIM, STACY PILIH NAMA ESHAAL UNTUK ANAK


AKIM Ahmad sebentar tadi telah memuat naik sekeping gambar yang tertera nama Eshaal binti Afiq Hakim dengan menggunakan tulisan tangan di laman Instagramnya.

Dipercayai, nama tersebut merupakan nama yang menjadi pilihan Akim dan isterinya, Stacy yang diberi kepada cahaya mata sulung mereka yang dilahirkan petang semalam.

Pilihan nama yang ringkas dan musah disebut, namun dalam masa yang mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Salute dengan pasangan ini yang tidak terikut-ikut dengan trend sekarang di mana ramai ibu bapa terutamanya di kalangan selebriti yang suka memberikan nama anak yang panjang berjela dan sukar untuk disebut.

Tahniah Akim dan Stacy!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan