Pelakon IT Chaptor Two: James Ransone, Meninggal Dunia pada Usia 46 Tahun


DUNIA hiburan Hollywood dikejutkan dengan pemergian pelakon James Ransone, di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Jumaat.

Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes kematian aktor berusia 46 tahun itu dan mendiang dipercayai mati akibat bunuh diri.

Sepanjang kerjayanya yang merentang lebih dua dekad, Ransone membina reputasi sebagai pelakon watak yang serba boleh, daripada drama televisyen hinggalah ke filem bergenre seram.

Mendiang mula dikenali secara meluas sebagai Ziggy Sobotka dalam musim kedua siri The Wire, satu drama jenayah daripada HBO yang kini dianggap klasik dan memberi impak besar dalam landskap televisyen Amerika.

Ransone seterusnya tampil dalam pelbagai projek penting lain, termasuk miniseri perang Generation Kill, sebelum memperkukuh kedudukannya dalam genre seram dan thriller.

Dalam dunia filem, aktor asal Baltimore, Maryland itu mencipta impak yang tidak mudah dilupakan sebagai Eddie Kaspbrak dewasa dalam It: Chapter Two (2019), bersama barisan pelakon terkenal seperti Bill Hader, Jessica Chastain dan James McAvoy.

Selain itu, mendiang turut muncul dalam francais seram seperti Sinister (2012) dan Sinister 2 (2015), serta The Black Phone (2021) dan sekuelnya Black Phone 2 (2025), di mana dia kembali membawa watak yang menyumbang kepada nuansa tegang dan atmosferik filem-filem tersebut.

Dikenali ramai kerana keupayaannya menghidupkan watak yang kompleks dan sering 'di luar zon selesa', Ransone juga muncul dalam pelbagai siri televisyen lain seperti Bosch, Poker Face dan Hawaii Five-0, menunjukkan kebolehan lintas genre dan medium.

Kehidupan peribadi Ransone turut mencerminkan perjuangan yang lebih besar daripada watak-watak yang dimainkannya. Mendiang pernah berkongsi secara terbuka tentang pengalaman penderaan seksual yang dialami semasa remaja serta perjuangannya melawan ketagihan, isu yang dia nyatakan memberi impak besar terhadap kehidupan dan kerjayanya.

Mendiang meninggalkan seorang sterinya, Jamie McPhee,  dan dua cahay mata, Jack dan Violet. Berita pemergian Ransone mencetuskan gelombang ucapan takziah daripada rakan-rakan industri, pengarah dan peminat di seluruh dunia. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments