SEPTEMBER hadir dengan deretan tontonan yang cukup pelbagai di Prime Video, daripada thriller psikologi yang mendebarkan dan kisah penyiasatan penuh risiko, hinggalah rom-com, drama keluarga serta K-drama yang mengangkat sisi rumit hubungan dan cinta moden.Bukan sekadar menawarkan siri dan filem original baharu, barisan kandungan bulan ini turut menampilkan beberapa adaptasi yang dinanti-nantikan, termasuk kisah popular yang dibawa ke layar menerusi pendekatan baharu.
SiriNeagley
16 September 2026
Daripada sekadar menjadi watak sokongan dalam dunia Jack Reacher, Frances Neagley kini tampil sebagai watak utama menerusi siri spin-off Neagley. Dilakonkan Maria Sten, Neagley merupakan seorang penyiasat persendirian serta bekas anggota unit khas dalam tentera, tempat dia pernah menjadi anak didik kepada Jack Reacher (Alan Ritchson).
Kehidupannya berubah apabila dia menerima berita tentang kematian seorang sahabat lama yang disyaki terbunuh dalam satu kemalangan mencurigakan. Enggan membiarkan kematian itu berlalu begitu sahaja, Neagley nekad mencari keadilan.
FilemThe Runner
2 September 2026
Apa yang bermula sebagai rutin pagi bertukar menjadi perlumbaan hidup dan mati dalam thriller psikologi
The Runner.
Kehidupan Maia Marten seorang peguam berprofil tinggi di London berubah sekelip mata apabila satu panggilan telefon memaklumkan bahawa anak lelakinya telah diculik. Berlatarbelakangkan kota London, The Runner menjadikan setiap detik satu perlumbaan menentang masa, dengan setiap keputusan membawa akibat tersendiri.
Drawn Together (Marfil)
9 September 2026
Kehidupan mewah Marfil Cortés, anak kepada seorang ahli perniagaan berpengaruh dari Sepanyol, berubah secara mendadak apabila dia diculik ketika berada di New York sebelum dibebaskan tanpa sebarang penjelasan.
Bapanya mengambil keputusan mengupah Sebastián Moore, pengawal peribadi yang penuh misteri untuk melindunginya. Apabila kembali ke Sepanyol dan ancaman terhadap Marfil semakin meningkat, kedua-duanya terpaksa menavigasi dunia yang dipenuhi rahsia.
Filem ini diadaptasi daripada Marfil, buku pertama dalam duologi Enfrentados karya Mercedes Ron yang mencatatkan jualan tinggi.
You+Me - Against the World
18 September 2026
Alma Lancaster (Vittoria Di Savoia), kelihatan seperti memiliki kehidupan sempurna sebagai sebahagian daripada keluarga kaya yang menyangka dia sedang mengikuti pengajian undang-undang.
Namun, di sebalik kehidupan yang kelihatan teratur itu, Alma sebenarnya mengejar impian sebenar sebagai pembikin filem.
The Love Hypothesis
23 September 2026
Peminat kisah cinta daripada novel popular pasti mengenali judul ini. Diadaptasi daripada novel terlaris New York Times karya Ali Hazelwood,
The Love Hypothesis mengikuti kisah Olive (Lili Reinhart), seorang calon Ph.D. yang cemerlang dan begitu fokus membina masa depan dalam bidang akademik.
Segalanya berubah apabila Olive menyedari sahabat baiknya, Ahn (Rachel Marsh), menyukai lelaki yang menjadi crush-nya, Jeremy (Nicholas Duvernay).
Dalam satu tindakan spontan untuk meyakinkan Ahn bahawa dia sudah melupakan Jeremy, Olive mencium Adam Carlsen (Tom Bateman), seorang profesor yang terkenal dengan personaliti menggerunkan.
Kandungan KoreaA Love Other Than Yours
12 September 2026
Bagaimana jika hubungan yang telah bertahan selama sedekad mula berdepan persoalan sama ada cinta itu masih cukup untuk membawa dua insan ke alam perkahwinan? Itulah dilema yang dihadapi Namgung Ho dan Lee Mi-do, pasangan yang telah bersama selama 10 tahun. Hubungan mereka yang suatu ketika dahulu dipenuhi rasa ghairah kini berubah menjadi satu bentuk kepercayaan dan keselesaan yang lebih tenang.
Kandungan TempatanHonor Thy Mother
11 September 2026
Hubungan antara ibu dan anak perempuan sememangnya tidak pernah mudah, tetapi bagaimana jika pertemuan semula selepas bertahun-tahun terpisah akhirnya menjadikan mereka pesaing?
Itulah premis
Honor Thy Mother, yang mengikuti kisah seorang ibu dan anak perempuan yang kembali bertemu selepas sekian lama. Namun, bukannya menemukan semula hubungan kekeluargaan yang pernah hilang, kedua-duanya kini berdepan sebagai saingan sengit.
Dengan barisan cerita yang bergerak daripada aksi dan thriller kepada percintaan, konflik keluarga serta kisah hubungan yang lebih kompleks, September menjanjikan pilihan tontonan yang cukup berwarna di Prime Video.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments