SEMPENA sambutan Hari Raya tahun ini, Anchor Butter berganding bahu dengan selebriti terkenal, Bella Astillah, dalam satu inisiatif khas jualan kuih raya secara langsung di platform TikTok.
Kempen ini mendapat sambutan hangat apabila kesemua kotak kuih raya edisi eksklusif Anchor x Bella Astillah habis terjual dalam tempoh kurang daripada lima minit, menjana jumlah jualan keseluruhan sebanyak RM13,000 hanya dalam satu sesi siaran langsung.
Bersempena bulan Ramadan dan Syawal yang sarat dengan nilai kesyukuran serta keprihatinan terhadap sesama insan, keseluruhan hasil jualan akan disalurkan kepada Rumah Bakti Dato’ Harun di Ampang, sebuah rumah kebajikan yang menyediakan perlindungan, penjagaan dan pendidikan kepada kanak-kanak yang memerlukan.
Setiap pembelian bukan sekadar memberi peluang untuk menikmati kuih Raya yang dihasilkan menggunakan mentega Anchor, terkenal dengan aroma kaya dan tekstur menyelerakan, tetapi juga menjadi satu sumbangan yang membawa kegembiraan Aidilfitri kepada anak-anak di Rumah Bakti Dato’ Harun.
Seperti mentega Anchor yang sering menjadi ramuan pilihan di dapur rumah terutamanya ketika musim perayaan, kempen ini mencerminkan semangat berkongsi dengan menjadikan setiap pembelian sebagai bentuk sokongan kepada komuniti.
Interaksi Digital & Kegembiraan Raya
Sepanjang sesi interaktif tersebut, Bella Astillah, 32, berinteraksi secara langsung dengan peminat sambil memperkenalkan kuih raya edisi terhad yang dihasilkan menggunakan mentega tulen Anchor.
"Mengetahui bahawa setiap pembelian menyumbang terus kepada Rumah Bakti Dato’ Harun menjadikan sesi ini lebih bermakna. Saya berterima kasih kepada semua yang bersama-sama menyokong inisiatif ini," ujar ibu kepada dua anak itu.
Penonton berpeluang membuat pembelian secara masa nyata, menjadikan sesi TikTok Live ini lebih daripada sekadar platform jualan tetapi ia menjadi wadah yang menyatukan kemeriahan perayaan, keterlibatan digital, dan sumbangan kebajikan dalam satu pengalaman yang bermakna.
Inisiatif ini menonjolkan komitmen Anchor Butter dalam menyokong masyarakat sambil mendekati isi rumah Malaysia melalui pendekatan yang tulen dan relevan.
Dengan memanfaatkan keupayaan TikTok Live serta trend perdagangan sosial, kempen ini membuktikan bahawa jenama dan personaliti boleh berganding bahu untuk menghasilkan impak positif yang melebihi matlamat komersial semata-mata.
| Bella Astillah bersama sebahagian daripada anak-anak Rumah Bakti Dato’ Harun di Ampang, Selangor ketika mengadakan lawatan khas bagi menyampaikan sumbangan bersama Anchor Butter |
Menurut Pengarah Pemasaran Anchor Butter, Lim Siew Poh, Hari Raya merupakan waktu untuk bermuhasabah, mensyukuri nikmat, dan berkongsi rezeki.
"Kami amat menghargai sokongan luar biasa yang ditunjukkan sepanjang sesi TikTok Live tersebut. Kerjasama bersama Bella Astillah memberi ruang untuk kami meraikan musim perayaan ini sambil menyumbang kepada satu tujuan yang bermakna demi membantu golongan yang memerlukan," ujarnya.
Anchor Butter kekal komited dalam merangka inisiatif yang berteraskan nilai dan tujuan, menyatukan keluarga melalui penyediaan juadah di rumah sambil menyalurkan sokongan bermakna kepada masyarakat. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments