Yuto Horigome Kini Duta G-SHOCK: Skateboard, Fesyen & Inspirasi Global


CASIO Computer Co., Ltd. mengumumkan kerjasama rasmi bersama Yuto Horigome, peluncur papan luncur profesional dari Jepun, sebagai duta jenama G-SHOCK.

Melalui kolaborasi ini, Casio ingin menyokong Horigome sambil memperluas pengaruh G-SHOCK dan menarik lebih ramai peminat di seluruh dunia.

Sejak memulakan skateboarding pada usia enam tahun, Horigome mencatatkan rekod kompetitif cemerlang, termasuk pelbagai kemenangan di kejohanan antarabangsa.

Selain prestasi, dia juga aktif menghasilkan kandungan skateboard yang menonjolkan kemahiran dan kreativiti sukan ini, memberi sumbangan besar kepada perkembangan budaya skate.

Pendekatannya sentiasa mencabar diri selari dengan semangat G-SHOCK, jenama yang terkenal dengan keberanian memecah batas dalam dunia pembuatan jam tangan.

Untuk meraikan pelantikan ini, Casio menghasilkan visual khas oleh artis Verdy dan sebuah filem oleh Thirty 3 Magazine, disiarkan di saluran media sosial Casio.

Horigome dan G-SHOCK akan terus berkongsi mesej baharu kepada penonton di Jepun dan seluruh dunia, sambil menyokong perkembangan budaya skate lebih luas.

Menggabungkan Skate, Fesyen & Budaya

Horigome, yang terkenal dengan gaya skateboarding ekspresif serta sebagai ikon fesyen dan budaya, akan terlibat dalam inisiatif bersama G-SHOCK untuk memupuk peminat skate dan menyebarkan inspirasi melalui sukan.

Mengulas tentang kolaborasi ni, Horigome berkongsi keterujaannya untuk membawa semangat skateboarding ke tahap seterusnya bersama G-SHOCK.

"Saya ingin terus mencabar diri mengikut cara saya sendiri, dan pada masa sama menyokong generasi seterusnya. Saya menantikan peluang menghadapi cabaran baharu bersama semua yang terlibat," ujarnya.

Dengan semangat ‘Melalui kuasa menghadirkan keajaiban di tangan dan membawa kegembiraan baharu dalam hidup setiap orang’, Casio terus menghasilkan produk yang mencabar pemikiran konvensional.

Jenama G-SHOCK, berasaskan konsep Absolute Toughness, terus mengambil cabaran baharu sambil menawarkan pengalaman penuh inspirasi.


GMW-BZ5000D-1 (kiri) dan DW-5000R, jam G-SHOCK Pilihan Horigome | FOTO: CASIO 


Model GMW-BZ5000D-1 merupakan jam logam penuh dengan memory-in-pixel LCD, reka bentuk diolah melalui simulasi beban berulang hasil kolaborasi manusia dan AI.

Sementara DW-5000R pula tampil dengan rekaan semula G-SHOCK pertama (1983) dengan ciri moden seperti LED cerah dan resin bio-friendly.

Jejak Yuto Horigome: Dari Papan Luncur ke Pentas Dunia

Dilahirkan di Tokyo, Horigome mula bermain skateboard pada usia enam tahun, dipengaruhi bapanya. Menjelang remaja, dia sudah menjadi antara peluncur papan terkemuka Jepun.

Pada usia 14 tahun, bintang muda ini mula bersaing di pentas antarabangsa dan berhijrah ke Los Angeles selepas tamat sekolah menengah.

Di Amerika, Horigome meraih pelbagai kejayaan termasuk tiga kemenangan berturut-turut di Street League Skateboarding (2018-2019), juara SLS London 2019, pingat emas X Games Minneapolis 2019, Street World Championships 2021, X Games Japan 2022, Tampa Pro 2023 & 2024, serta pingat emas skateboarding jalanan di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024.

Kini, pada usia 27 tahun, beliau diiktiraf sebagai ikon global skateboarding dan menandakan kerjasama keduanya sebagai duta Casio. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments