THE Laughing Cow kini menawarkan satu cara baharu untuk menikmati snek dengan pelancaran Cheez Dipper Pizza Breadsticks.
Perisa baharu ini menyatukan celupan keju berkrim ikonik dengan jejari roti rangup berperisa piza, menambah pilihan kepada rangkaian produk Cheez Dippers yang sedia digemari ramai.
Bersama pilihan klasik seperti asli, strawberi dan beri biru, Cheez Dippers terus menjadi antara pilihan utama keluarga dan golongan muda di seluruh Asia Tenggara.
Penambahan roti jejari berperisa piza memperluas pengalaman snek bergurih dengan rasa yang unik, sambil mengekalkan nilai pemakanan.
Dihasilkan daripada susu lembu dan secara semula jadi kaya dengan kalsium, produk ini bebas daripada perasa, pewarna, atau bahan pengawet tiruan.
Setiap hidangan dibungkus secara individu dan bersaiz sesuai untuk bekal sekolah, snek pejabat, atau dinikmati ketika dalam perjalanan, memberikan pengalaman 'celup dan rangup' yang konsisten pada setiap suapan.
Snek Berperisa dan Kejutan Plushie
Pengurus Besar Asia Tenggara, Alamjit Singh Sekhon, berkongsi pandangan mengenai perkembangan terbaru dalam rangkaian produk The Laughing Cow, menekankan bagaimana inovasi ini bukan sekadar menambah pilihan rasa, tetapi juga mengekalkan nilai pemakanan dan keseronokan dalam setiap suapan.
"Roti jejari berperisa piza digabungkan dengan celupan keju The Laughing Cow untuk menghasilkan Cheez Dipper Pizza Breadsticks. Perisa baharu ini juga kaya dengan kalsium, salah satu mikronutrien penting yang sering kurang dalam diet harian.
"Produk ini selaras dengan falsafah ‘For all for good’, memastikan snek berkhasiat dapat dinikmati oleh semua orang," ujarnya.
Setiap Plushie membawa personaliti tersendiri, termasuk Egg-cited for Cheese yang penuh teruja, Cry Berry yang manis namun dramatik, Grumpy Cheese Toast yang masam muka tetapi tetap disayangi, Whatever, I Will Eat Pizza yang santai, Cheeseful Monsieur Croissant yang bergaya, dan Merry Berry yang ceria sepanjang masa.
Koleksi ini boleh dikumpul, dijadikan hadiah, atau sekadar mengekspresikan mood snek, menambah elemen keseronokan dalam pengalaman menikmati setiap gigitan.
Kini tersedia di pasar raya utama dan platform dalam talian mulai 10 Oktober lalu, manakala siri patung koleksi ini akan diperkenalkan mulai 17 Oktober.
Produk ini sesuai untuk ibu bapa yang mencari snek praktikal dan menyeronokkan untuk anak-anak, atau golongan muda yang gemar mencuba cita rasa baharu.
Selain Cheez Dippers, The Laughing Cow juga menawarkan produk lain seperti Creamy Cheese Triangles, Belcubes, Cheese Slices, Cheese Spread dalam Tub, serta jenama Bel lain seperti BabyBel dan Kiri. Untuk maklumat lanjut, layari thelaughingcow.com. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments