Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Daripada Cabaran Gila ke Mikrodrama Baharu — sooka Raih Rekod Malaysia dan Umum sooka Shorts

Pemenang utama berjaya membawa pulang sebuah Proton e.MAS 5 | FOTO: sooka

PAVILION  Bukit Jalil bertukar menjadi pusat tumpuan apabila sooka, peneraju perkhidmatan penstriman tempatan, menganjurkan sooka Gilerrr Streaming Challenge, sebuah acara penuh tenaga yang menghimpunkan 273 peserta untuk berentap dalam pelbagai cabaran fizikal sambil terus menstrim kandungan sooka secara langsung.

Sambutan luar biasa ini bukan sahaja memeriahkan suasana, malah membawa sooka mencatat Malaysia Book of Records bagi kategori Peserta Terbanyak dalam Cabaran Penstriman Multitasking.

Lebih manis, acara ini turut menjadi pentas pengumuman baharu untuk sooka menerusi pelancaran sooka Shorts, sebuah rangkaian mikrodrama yang akan mula menemui penonton pada Disember ini.

Pencapaian dua dalam satu ini mengukuhkan kedudukan sooka sebagai platform hiburan yang bukan sekadar mengikuti trend tetapi mencipta momentumnya sendiri.

Penyertaan besar-besaran ini menggambarkan semangat rakyat Malaysia yang memang terkenal dengan sifat spontan, energetik dan kadangkala 'gilerrr' bila melibatkan hiburan atau sukan.

Walaupun ini merupakan acara sooka yang berskala besar buat julung kali, sambutan penonton memberi isyarat jelas bahawa jenama ini semakin dekat di hati peminat.

Acara ini juga membuktikan bagaimana penstriman kini telah menjadi hobi bersama, malah cabaran yang berlangsung memberikan ruang untuk peminat ‘show off’ semangat dan ketahanan mereka sambil tetap kekal fokus menonton.

Turut memeriahkan suasana ialah barisan duta sooka seperti Evertts Gomes, Aiman Ameer, Wani Kayrie dan Kimberly Chuah, yang meluangkan masa berinteraksi bersama peserta dan peminat.

Pentas acara juga diserikan dengan persembahan daripada finalis Dewi Remaja, peserta Jaguh Rakan Muda, para finalis Astro Star Quest, pelakon Astro Originals dan barisan mikrodrama sooka Shorts, serta artis seperti Uriah See, ALPHA, Qasrina Karim, Mierul Aiman dan Khai Bahar.

Sepanjang hari, penonton disajikan dengan pelbagai aktiviti hiburan, manakala peserta diuji melalui siri cabaran yang lebih mencabar daripada apa yang kelihatan.

Cabaran bermula dengan ‘sooka says’, yang menguji reaksi pantas peserta di mana mereka perlu mengikut arahan tanpa mengalihkan pandangan daripada skrin.

Kemudian keadaan menjadi semakin ‘chaotic’ apabila peserta melalui pusingan gangguan ‘pontianak’ lengkap dengan usikan bulu, lawak spontan dan kejutan yang membuatkan ramai hilang fokus.

Cabaran ‘freeze’ pula memerlukan peserta mengekalkan posisi tertentu sambil terus menstrim, sebelum memasuki cabaran terakhir yang menguji keseimbangan dengan mengekalkan tin air di atas tangan tanpa menghentikan tontonan.


Acara ini mencapai kemuncaknya dengan sesi penyampaian hadiah. Pemenang utama berjaya membawa pulang sebuah Proton e.MAS 5, manakala peserta lain yang berjaya menamatkan setiap peringkat cabaran turut menerima pelbagai hadiah menarik seperti Samsung QLED 85", iPhone 17 Pro Max, MacBook Air, PS5 Pro, Monitor Permainan Samsung, DJI Pocket 3 Creator Combo, pengering rambut Dyson, headphone Sony serta kad hadiah JD bernilai RM1,000.

sooka Shorts: Mikrodrama Dengan Gigitan Pendek, Impak Besar

Melihat trend global yang semakin mengarah kepada kandungan ringkas tetapi padat, sooka kini memperkenalkan sooka Shorts, mikrodrama baharu yang direka khas untuk penonton yang mahukan kisah menarik tanpa perlu duduk lama di depan skrin.

Format ini bukan sahaja menambah variasi dalam tawaran kandungan tempatan, tetapi juga meletakkan sooka sebagai peneraju hiburan mikrodrama Malaysia.

Penonton bakal menikmati judul seperti Mandrem, Gadis Dihina Pemilik Empayar, Mak Kau CEO Aku, dan Raja Fitnah bermula 12 Disember 2025.

sooka turut membuka ruang kolaborasi dengan studio serantau untuk memperluaskan lagi pilihan vernakular termasuk kandungan mikrodrama Korea. Beberapa episod boleh ditonton secara percuma, manakala akses penuh tersedia untuk pelanggan pelan Entertainment dan ke atas.

Untuk maklumat lanjut tentang sooka dan sooka TV Stick, layari platform rasmi mereka. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments