Hot Posts

6/recent/ticker-posts

NIVEA Perkukuh Usaha Perangi Kanser Payudara, Sasar Dana RM70,000

(Dari kiri) Dr. Hannani Kamarudin (penjaga pesakit), Lim Kim Foong (Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia), Dr. Christopher Vierhaus (Pengurus Negara, Beiersdorf Malaysia & Singapura), Caryn Loh (Pengarah Urusan Watsons Malaysia & COO, Health & Beauty Asia), Salamiah Hassan (pejuang kanser payudara), Elyana Emrizal (pejuang kanser), dan Dr. Kartini Kamalul Ariffin (pejuang kanser payudara) bersatu di atas pentas bagi menyokong kesedaran kanser payudara.

BERSEMPENA bulan kesedaran kanser payudara, atau lebih dikenali sebagai Pink October, kempen NIVEA Moments of CARE kembali buat tahun kedua dengan semangat yang lebih besar dan mesej yang lebih mendalam.

Tahun
ini, NIVEA meneruskan kerjasama bersama Watsons dengan matlamat untuk mengumpul dana sebanyak RM50,000 bagi disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).

Caranya
mudah, bagi setiap pembelian bernilai RM20 produk NIVEA di Watsons, RM1 akan disalurkan terus kepada BCWA.

Namun
, semangat care beyond skin ini tidak berhenti di situ. Sebaik sahaja sasaran pertama berjaya dicapai, NIVEA berjanji akan menambah dana tambahan sebanyak RM20,000, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan mencecah RM70,000.

Langkah
ini bukan sekadar tentang angka tetapi ia tentang harapan, kesedaran dan sokongan untuk wanita di seluruh Malaysia.

Menurut
Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura, Dr. Christopher Vierhaus, kempen ini dilancarkan dengan semangat untuk membawa perubahan nyata.

Kesedaran dan pengesanan awal kanser payudara masih menjadi keutamaan. WHO sendiri menyatakan bahawa kanser payudara kekal sebagai kanser paling kerap dihidapi wanita di dunia dan jumlahnya dijangka terus meningkat.

Tambahnya
lagi, prinsip utama NIVEA sentiasa berasaskan CARE, bukan sekadar pada kulit, tetapi juga dalam kehidupan seharian.

“Kami
mahu kempen ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai wanita untuk melakukan pemeriksaan berkala dan menjaga kesihatan mereka dengan penuh kasih terhadap diri sendiri, katanya.

Kisah
, Keberanian & Kesedaran

Menambahkan
sentuhan peribadi, penyanyi legenda Salamiah Hassan tampil berkongsi kisah hidupnya sebagai seorang pejuang kanser payudara.

Dengan
tenang, penyanyi Menghitung Hari itu bercerita tentang detik awal menyedari perubahan pada tubuhnya.

“Saya mula perasan ada ketulan, tapi sangka ia cuma jangkitan biasa. Saya abaikansampai satu hari, ketulan tu makin besar dan mula timbul simptom lain.

"
Bila jumpa doktor, baru tahu saya sebenarnya menghidap kanser. Ia berita yang sangat berat, tapi saya pilih untuk kekal positif dan terus berjuang,” kongsinya.

Pesan
Salamiah cukup kuat, jika tubuh memberi isyarat, jangan abaikan. Pengesanan awal boleh mengubah segalanya.

Dr. Hannani Kamarudin, Salamiah Hassan dan Dr. Kartini berkongsi kisah penuh ketabahan, kekuatan, serta kepentingan pengesanan awal.


Realitinya
, kanser payudara merangkumi lebih 32 peratus daripada semua kes kanser wanita di Malaysia, dan lebih separuh daripadanya dikesan pada peringkat lewat.

Ini
membuktikan betapa pentingnya keberanian untuk mengambil langkah pertama iaitu memeriksa, bersuara, dan bertindak.

Selain
kempen kutipan dana, NIVEA turut menganjurkan bengkel eksklusif bertajukSenaman dalam Penjagaan Kanserbersama pakar perubatan serta sesi saringan kanser payudara percuma untuk umum.

Acara
ini juga dimeriahkan dengan penampilan istimewa Elyana, penyanyi dan pelakon yang pernah berehat panjang demi melawan kanser sebelum bangkit semula ke pentas. Kehadirannya menjadi simbol kekuatan, ketabahan dan inspirasi sebenar di sebalik kempen ini.

Menerusi
NIVEA Moments of CARE, rakyat Malaysia bukan sekadar berbelanja, tetapi mereka turut menyumbang kepada perjuangan yang lebih besar.

Setiap
pembelian NIVEA bernilai RM20 dan ke atas di Watsons kini menjadi tanda kasih dan sokongan kepada mereka yang sedang berjuang melawan kanser payudara.

Ini
jerana pada akhirnya, setiap sentuhan care kecil mampu membawa perubahan yang besar. Untuk maklumat lanjut, layari www.nivea.com.my. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments