RINGAN, menghiburkan, dan menyentuh hati. Siri komedi drama Indonesia Ratu Ratu Queens: The Series kini distrim di Netflix dan menerima ulasan positif.Siri terbitan Palari Films dan diarahkan oleh Lucky Kuswandi ini mengisahkan tentang empat wanita perantau Indonesia yang cuba membina kehidupan baharu bersama di Queens, New York.
Party terpaksa melakukan kerja sambilan kerana tiada permit kerja sah, Ance menghadapi cabaran apabila anak perempuannya memasuki usia remaja, Chinta cuba mencari cara berdikari selepas bercerai, manakala Biyah sanggup lakukan apa sahaja untuk terus hidup, termasuk menyamar sebagai 'hot dog'.
Berikut tiga sebab utama mengapa siri ini terasa dekat dengan penonton.
1. Naik turun kehidupan sebagai perantau
Setiap perantau datang ke New York dengan cerita mereka sendiri. Dalam
Ratu Ratu Queens: The Series, penonton dapat melihat bagaimana diaspora Indonesia mengharungi cabaran, dari rasa tidak pasti menghadapi perubahan mengejut hingga ketekunan untuk merealisasikan ‘American dreams’ mereka.
Bekerja di Big Apple mungkin impian ramai, dan siri ini menunjukkan bukan sahaja kerja keras dan pengorbanan yang diperlukan, tetapi juga detik-detik gembira di tengah perjalanan.
2. Cabaran yang dihadapi wanita
Hidup di New York, setiap watak menghadapi pelbagai cabaran. Party, sebagai pekerja tanpa dokumen sah, terpaksa mencari cara menampung bil perubatan ibunya yang nazak di Indonesia.
Bagi Chinta, buat pertama kali dalam hidupnya, dia harus bergantung pada dirinya sendiri untuk terus hidup. Biyah pula menumpukan kerja sebagai cara untuk menyembuhkan luka dari masa lalu, manakala Ance menghadapi fasa baharu yang bergelora bersama anak perempuannya yang remaja.
Penonton mungkin rasa situasi ini familiar, dan kita dapat melihat bagaimana setiap watak menghadapinya dengan keperibadian unik masing-masing. Party yang ikhlas sentiasa membawa aura positif kepada rakan serumah, manakala Biyah sanggup melakukan apa sahaja demi kawan-kawannya.
3. Keluarga pilihan dan kepentingan sokongan
Persahabatan dan personaliti empat watak utama menjadikan siri ini bersinar. Keadaan malang menyatukan mereka, dan bersama-sama mereka cuba mengharungi fasa baru yang mencabar.
Walaupun permulaan persahabatan agak bergelora, akhirnya mereka mengatasi segala rintangan dan sentiasa ada untuk satu sama lain, termasuk ketika menghadapi perceraian atau ahli keluarga jatuh sakit.
Ikatan persahabatan ini menjadi lebih kukuh selepas menghadapi cabaran, dengan setiap watak menunjukkan cara tersendiri untuk mengambil berat dan menyokong antara satu sama lain.
Menariknya, siri yang menampilkan menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Nirina Zubir, Tika Panggabean, Asri Welas, dan Happy Salma ini merupakan prekuel kepada filem
2021, Ali & Ratu Ratu Queens.
Nakshah
Ratu Ratu Queens: The Series disampaikan dengan cara ringan dan mudah didekati. Penonton bukan sahaja akan terhibur, tetapi bagaimana setiap 'Queen' berusaha untuk
survive, mengurus cinta dan keibubapaan, serta menemui identiti diri pasti akan mengajak mereka merenung kisah sendiri.
Ingin tahu lebih lanjut tentang siri ini?
Ratu Ratu Queens: The Series, kini boleh distrim secara eksklusif di Netflix.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments